~ Banana Split ~ |
~ Pai Tee. Dedulu time kecik, arwah pah selalu buat kuih nie ~ |
~ Asam Pedas Ayam Salai akhirnya jadi pilihan encik suami ~ |
~ Asam Pedas sedap dimakan bersama set ulam-ulaman ini ~ |
~ Wajah encik suami yang gembira menikmati hidangan ~ |
Petang tadi aku dan encik suami pergi rumah pakcikku di Gombak. On the way, aku ajak encik suami singgah Jusco Setiawangsa. Kononnya teringin nak tengok rumah kaca bebudak AF. Lepas puas tengok bebudak AF, encik suami mengeluh kelaparan. Kami pun singgah makan di Asam Pedas Melaka. Salah satu premis makanan yang terdapat di Jusco Setiawangsa. Hah nama pun Asam Pedas Melaka, dah tentu asam pedas menu utama restoran ini. Asalnya encik suami nak order asam pedas ikan tenggiri, tapi dah kehabisan. Jadi encik suami pun order la asam pedas ayam salai. Aku pula order banana split dan kuih pai tee, almaklum la masih kenyang lagi. Namun, sempat la juga rasa sesudu dua nasi encik suami. Padaku asam pedas di sini boleh tahan, tapi agak masam sedikit kalau dihirup begitu sahaja dan agak pekat. Sedap la di makan dengan set ulam-ulaman dan sambal belacan.
Nota :- Hah kalau tanya bab harga, aku rasa berbaloi lagi
makan asam pedas melaka di Gerai Mat Komando,
Ampang. Lebih sedap dan lebih murah dari asam
pedas melaka @ jusco setiawangsa nie. Kiranya
asam pedas melaka @ jusco setiawangsa nie tempat
kedua dalam senarai restoran asam pedas yang aku
telah cuba dan rasa. Apa pun terpulang pada
makan asam pedas melaka di Gerai Mat Komando,
Ampang. Lebih sedap dan lebih murah dari asam
pedas melaka @ jusco setiawangsa nie. Kiranya
asam pedas melaka @ jusco setiawangsa nie tempat
kedua dalam senarai restoran asam pedas yang aku
telah cuba dan rasa. Apa pun terpulang pada
selera masing-masing. Setiap kita selera berbeza-
beza. Hehehe..
beza. Hehehe..
No comments:
Post a Comment