Saturday, July 14, 2012

~ En. AzMaN SaHaT @ MaN Jaws DaLaM KeNaNGaN ~





Menatap gambar-gambar kenangan encik suami bersama haji zul dan arwah azman sahat, hati pasti terasa sayu.. tanpa sedar air mata berlinangan mengalir.. tanpa disangka arwah azman sahat yang aku panggil en. azman dan encik suami panggil man jaws pergi menyahut panggilan ILLAHI pagi rabu, 11 Julai 2012.. 

Terkejut tatkala menerima sms daripada Bella, memberitahu pemergian arwah.. malah hampir aku tidak mempercayainya kalau tidak menerima panggilan telefon dari Aisyah.. dua minggu sebelum itu, tatkala bercuti di Kelantan.. arwah dan isterinya yang kupanggil akak menelefon aku dan encik suami.. itulah perbualan terakhir aku  dengan arwah..

Rabu itu aku dan encik suami serta member-member officeku menziarahi jenazah beliau di rumahnya sehinggalah arwah selamat dikebumikan.. malah aku sendiri berkesempatan menatap wajah arwah sebelum dikapankan dan dikebumikan.. setenang dan sedamai wajah arwah tatkala itu.. begitulah juga sikap arwah dengan kawan-kawan..mengenali arwah hampir 16 tahun.. bagiku arwah seorang sahabat dan rakan sekerja yang mudah mesra, ramah dan ringan tulang...setiap kali terserempak arwah di dalam lift, di department arwah mahupun ketika menunggu encik suami untuk pulang dari bekerja.. arwah pastinya akan menegur dan berbual denganku.. paling tidak, arwah pasti akan bertanya khabar encik suami..

Namun, kini.. segala-galanya hanya tinggal kenangan.. tiada lagi suara arwah.. tiada lagi gurau senda...tiada lagi gelak ketawa.. malah tiada lagi panggilan en. azman yang terlontar dari mulutku.. dan panggilan man jaws oleh encik suami.. tahun ini pastinya raya aku dan encik suami berbeza.. tiada lagi arwah menyambut kami di rumahnya.. seperti kelaziman sebelum ini.. dan pastinya tiada lagi kunjungan arwah ke teratak kami berdua.. teringat arwah, pasti aku dan encik suami merindui kenangan manis dan indah antara kami dengan arwah sekeluarga.. teringat arwah, merindui lontaran suara arwah.. pastinya kami sedekahkan bacaan AL-FATIHAH untuk arwah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. dan moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. AMIN..

NOTA :- Semoga akak dan anak-anak arwah tabah meneruskan kehidupan
             tanpa arwah di sisi.. AL-FATIHAH..

No comments: