Friday, October 12, 2012

KeRJa Oh KeRJa

Situasi 1
Officer A   :  Bertanya jika dokumen A, B dan C ada di salinan fail dokumen penting
                    office beliau di staf  department berkenaan.
Staf           :  Menjawab hanya salinan dokumen A dan B sahaja yang ada dalam simpanan fail
                    beliau.  Manakala salinan dokumen C tiada dalam fail dokumen penting di 
                    simpanan beliau dan  meminta Officer A mendapatkannya dari Setiausaha
                    Syarikat dengan memberi nombor telefon Setiausaha Syarikat atau
                     mendapatkannya dari  Department 1.
Officer A    :  Bersuara di dalam mesyuarat department yang dihadiri pegawai kanan untuk
                     mendapatkan dokumen C. Dan pegawai kanan berkata dokumen C ada di  dalam
                     simpanan fail department beliau.

Situasi 2    
Officer B    :   Menyuarakan permasalahan dalam mesyuarat bersama pegawai tertinggi 
                     dan telah dimarahi  oleh pegawai kanan.
Staf            :  Pegawai kanan menelefon staf. Staf menjawab dokumen C tiada di dalam 
                     simpanan fail  dokumen penting dan tidak pernah memperolehi daripada
                     Department 1 semenjak mengambil alih tugasan. Beliau hanya memberi 
                     dokumen A dan B kepada Officer A kerana hanya  dokumen A dan B sahaja
                     yang ada di dalam fail dokumen penting. Pegawai kanan meminta
                     staf mendapatkan salinan dokumen daripada Department 1.
Officer C    :  Tertiba datang dan memarahi staf kerana menjawab tidak pernah menerima 
                    dokumen C daripada Department 1 dan menunjukkan dokumen yang 
                    dimaksudkan.  Officer C memberitahu  dokumen C hanya akan diberi jika
                    diminta. Officer C berkali-kali melahirkan ketidakpuasan kerana menerima 
                    sms daripada pegawai kanan dan berkali-kali tidak puashati kerana staf 
                    menjawab tidak pernah terima  semenjak mengambil alih dan dokumen C
                    sememangnya tiada  dalam fail dokumen penting ketika mengambil alih.
Staf           :  Bukan sahaja Officer C yang diganggu oleh pegawai kanan. Tapi staf juga
                    diganggu dengan panggilan pegawai kanan sebanyak dua kali. Hakikatnya
                    staf tidak terlibat dalam urusan Officer A dan staf menolong Officer A
                    berdasarkankan maklumat penting yang ada di fail simpanan dokumen penting
                    staf.

Apakah yang akan anda rasai.. jika anda adalah officer A.. jika anda officer B.. jika anda officer C.. dan jika anda seorang staf.. walau apa pun yang anda rasai, namun satu perkara yang perlu dijauhi elakkan memarahi orang.. tanpa usul periksa.. selidik dan perhalusi.. di mana berlaku kesilapan.. dan perbetulkan kesilapan tersebut.. hakikatnya kita ini hanyalah hamba ALLAH.. walau siapa pun kita.. kita punyai hati dan perasaan.. hati pasti terluka.. mood kerja pasti menghilang.. jika dimarahi dek tugasan orang lain..


NOTA :- Bahagianye hati.. gembiranye hati.. sukanye hati..
             terubat rasa hati.. tatkala mood sedih dan bengang..
             dimarahi dek kerana kerja orang lain.. tertiba jer
             datang seorang hamba  ALLAH memberi hadiah
             dari seorang hamba ALLAH.. TERIMA KASIH YA ALLAH..









3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mizzura said...

Yup...kerja kalo stress and marah2 orang mmg xbest...yg mara and dmarah pon stress...even xsiap/xde shud rilex jer and remind balik..easy jer..

WATIE said...

Setuju.. tambah-tambah kalau dimarah hanya sebab kerja orang lain.. dan hanya sebab salah faham.. hakikatnya bos ke kuli ke.. ada hati dan perasaan.. bos tak semestinya selalu betul.. dan kuli tak semestinya selalu salah.. hehehhe..