Thursday, December 20, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching, Sarawak [Part 2]



Bak lagu dan irama.. bak aur dan tebing.. begitulah Sarawak dan terubuk masin.. tidak dapat dipisahkan.. aku pasti setiap pelawat@pelancong yang datang ke Sarawak, sudah tentu membeli terubuk masin sebagai ole-ole untuk dibawa pulang..

Setiap pelawat@pelancong yang datang ke Sarawak, sudah pasti pergi ke Pasar Satok untuk membeli terubuk masin.. Namun, aku dan encik suami sebaliknya.. Kami memborong terubuk masin di Kampung Boyan sahaja tatkala singgah sebentar membeli kek lapis di Mira Cake House.. Almaklum la harga terubuk masin yang dijual di sini lebih kurang sama jer dengan yang dijual di Pasar Satok.. Alang-alang dah ada di depan mata, aku dan encik suami beli jer dekat sini.. Jimat masa kiranya..

Jangan risau ketika membeli terubuk masin ini.. Peniaga-peniaga di sini akan membungkus terubuk masin anda elok-elok dan cantik-cantik di dalam kotak.. Dibungkus dan dilabelkan.. Siap dibuat tempat pemegang lagi untuk anda hand luggage ketika naik flight..

So, apa lagi.. Jika kalian bercuti ke Sarawak.. Pastikan terubuk masin adalah antara ole-ole yang dibawa pulang.. Dipotong kecil-kecil, digoreng bersama bawang besar dan cili.. pasti sedap tatkala menjamu selera.. Hehehehe..


No comments: