~ Tauhu Goreng, Pilihan Aku ~ |
~ Mee Rebus, Pilihan Encik Suami~ |
~ Murtabak Singapore, Saiz S ~ |
Zam-Zam Restoran.. setiap kali pergi Kedai Buku Minerva di Jalan Tunku Abdul Rahman, pasti aku dan encik suami berpaling melihat restoran ini.. almaklum la, restoran nie terletak di depan Kedai Buku Minerva.. Malangnya, setiap kali aku pergi membeli novel di Kedai Buku Minerva, perutku dan encik suami berlagu kekenyangan.. maka terbantutlah, hasrat aku dan encik suami untuk mencuba menu di restoran ini..
Namun, baru-baru ini aku dan encik suami telah berpeluang untuk mencuba menu di restoran ini.. ketika itu perut aku dan encik suami tidaklah kekenyangan dan tidaklah juga kelaparan.. bak kata orang, boleh diisi lagi.. namun, kami berdua memilih untuk tidak mencuba nasi beriani di restoran ini.. sebaliknya, encik suami memilih untuk mencuba mee rebus.. manakala, aku pula makan tauhu goreng.. dan murtabak singapore, pilihan aku dan encik suami..
First time encik suami memilih menu mee rebus.. licin habis.. bahkan encik suami juga berkali-kali memuji kuah tauhu goreng aku.. sedap, sedap dan sedap.. kiranya menu-menu di sini memenuhi citarasa aku dan encik suami.. walaupun harganya agak mahal.. so, apa lagi.. bagi korang yang kaki makan.. cuba-cubalah menu di restoran ini.. almaklum la ketika sedang menikmati menu pilihan kami.. aku terdengar casher di sini memberitahu salah seorang pelanggannya bahawa restoran ini adalah salah satu cawangan zam-zam restoran yang terdapat di Singapore.. jadi, tak perlu pergi jauh ke Singapore kalau nak merasa menu di Zam-Zam Restoran Singapore, hanya pergi Jalan Tunku Abdul Rahman.. korang pun boleh order dan makan.. SELAMAT MENCUBA!!!
NOTA :- Kata encik suami, oleh kerana harganyer agak mahal..
hanya boleh datang ketika time gaji.. hehehhe..
Tapi sebenarnya harga bukanlah masalah, yang penting
menu dipilih sedap.. tak gitu.. hehehe..
2 comments:
Salam...looking info for zam zam kl sbb lunch ni nak terjah...actually cashier tu ptt ckp...kdi pioneer kat singapore, kl ni cawangan..haha..yg singapore tu mmg sedap...xtahulah kl ni cmner...kita tgk...thanks info:-)
Salam.. salam kenal.. mizzura cubalah.. nanti bagi komen tau.. mcm mana.. sedap ke tidak.. hehehe..
Post a Comment