Monday, May 16, 2016

~ Nursyeela Instant Shawl ~

Nursyeela Instant Shawl - Printed


Dah lama tak menulis blog.. Last aku tinggalkan coretan di blog kesayangan aku adalah April 2015.. Bukan kekeringan idea.. Tapi kerana sibuk.. Sibuk bekerja.. Sibuk dengan urusan keluarga.. Sibuk belajar.. Dan sibuk berjinak-jinak berniaga.

 Maka.. Di sebalik semua kesibukan itu.. Aku memperkenal Nursyeela Instant Shawl.. Instant shawl jenama aku sendiri. Instant shawl yang mampu dimiliki dan selesa dipakai..  Kalau korang berminat..  Jangan segan-segan  lawati facebook Nursyeela Instantshawl..  Ataupun instagram Nursyeelainstantshawl.



Wednesday, April 29, 2015

~ Trip Bandung 2015 : Taman Safari Indonesia, Bogor ~


Jeng.. jeng.. jeng.. sejak first time bercuti di Bandung.. setiap tahun aku pasti datang dan datang bercuti di Bandung kembali.. Jika second trip aku dan encik suami dahulu, kami pergi bersama mak dan bapa mertuaku.. kali ini percutian kami ke Bandung adalah percutian bersama adikku dan sepupu-sepupuku.. Taman Safari Indonesia di Bogor antara destinasi yang kami kunjungi.. Oleh kerana kami ke sini hari ahad, maka tiket masuk kami adalah rate harga weekend, iaitu IDR300,000 rupiah.. 


Namun, apalah yang ada pada harga.. jika dibandingkan dengan keasyikan dan keseronokan kami memberi haiwan-haiwan di Taman Safari ini makan.. malah terasa berbaloi-berbaloi bergerak seawal 5.30 pagi waktu Indonesia untuk pergi ke sini.. hilang tension dan stress memberi haiwan-haiwan ini makan carrot dan pisang.. opss tak perlu berjalan kaki u all.. hanya duduk dalam kereta.. buka tingkap dan hulurkan carrot @ pisang pada haiwan-haiwan ini.. 


Tapi u all.. bukan semua tempat boleh buka tingkap.. tatkala melalui habitat haiwan seperti singa di atas.. tingkap perlu ditutup.. hehehe.. 


Di Taman Safari Indonesia ini juga ada pertunjukan Dolphin.. asyik dan seronok melihat dolphin-dolphin ini beraksi.. pelbagai aksi dan gaya yang dipertontonkan.. dari aksi menari hinggalah ke menjawab soalan matematik.. pastinya kita akan sentiasa gelak dan ketawa.. 

Selain show dolphine.. kami juga sempat menonton pertunjukan cowboy.. hah bukan dalam bahasa inggeris tau u all.. tapi dalam bahasa indonesia.. terhibur kami melihat pelbagai aksi dan cerita.. dari satu scene ke satu scene.. 


So, jika kalian silent reader dan follower blogku bercuti ke Bandung.. pastikan Taman Safari Indonesia menjadi salah satu senarai percutian u all sekeluarga.. setiap rupiah yang dikeluarkan pasti berbaloi dengan segala keasyikan, keriangan dan keseronokan berada di sini..

NOTA :- Kalau nak elak penat bertolak seawal pagi dari Bandung.. dan balik sampai malam di Bandung.. boleh juga menginap di Puncak semalaman.. almaklum la Taman Safari Indonesia besar dan luas..  

Friday, February 6, 2015

~ Stress Oh Stress ~

Arrrghhhh.. stresss ..  stress di awal-awal tahun.. dek kerana closing account.. dek kerana cashflow.. dan semakin stress.. bila mengetahuinya.. kenapa aku dikaitkan lagi.. disalahkan untuk sesuatu yang bukan tanggungjawabku lagi..  bukan di zamanku.. setelah kutinggalkan jejak-jejakku.. 

Kalau pun aku tidak disukai.. kalau pun aku tidak layak berada di situ..kalau pun kerana ketegasan aku dalam kerja.. sebabkan diriku tidak disukai.. mengapa aku perlu dipersalahkan.. sedangkan aku tidak lagi berada di situ.. MAAF!!!.. MAAF!!!.. MAAF!!!.. AKU TIDAK REDHO.. TIDAK REDHO.. TIDAK REDHO..   

Ku berdoa dan terus berdoa.. walau di tuduh untuk sesuatu yang bukan tanggungjawabku.. moga setiap langkahku.. moga setiap amanah yang diberi.. dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.. kerana sesungguhnya  kerja itu adalah ibadahku.. bukan kerana nama.. bukan kerana pangkat..  tapi keranamu YA ALLAH..


Thursday, November 13, 2014

~ CuTi-CuTi BaNDuNG : HenRY DaN HaYuKa BaNDoeNG ~


Opss.. siapa dua jejaka nie.. baju kuning tu semestinya encik suamiku.. sebelah encik suamiku ialah henry.. pemandu kami sepanjang bercuti di Bandung, Indonesia..

Kalau korang nak tahu.. henry dari Hayuka Bandoeng.. dulu first time aku gi Bandung, aku guna khidmat supir dari Hayuka Bandoeng.. tatkala itu, Wisnu jadi supir kami.. puashati dengan khidmat Wisnu, kami masih menggunakan khidmat Hayuka Bandoeng.. kali ini, bersama Henry.. puas kami menjelajahi kota Bandung.. dari lebuh raya sampailah ke lorong-lorong tikus.. dari perumahan mewah sampailah ke pasar basah.. puas kami jelajahi..walaupun kadang-kadang hanya melihat dan memerhati dari dalam kereta realiti kehidupan di kota Bandung..  

Aku, encik suami dan mertuaku sangat-sangat berpuashati dengan khidmat Henry.. selalu bagi kami tips kalau ingin bershopping.. malah seringkali menasihati kami agar tidak terpedaya dengan tipu muslihat peniaga-peniaga di Kota Bandung.. tanyalah apa saja pasal Bandung.. dari sejarah Tangkuban Perahu.. mahupun  apa saja...pasti Henry boleh jawab.. 

So, jika korang bercuti ke Bandung.. perlukan khidmat supir.. aku cadangkan gunalah perkhidmatan Henry dari Hayuka Bandoeng.. korang mesti puas hati.. macam aku dan encik suami.. In Shaa Allah next trip kami April 2015.. Henry dan  Hayuka Bandoeng tetap jadi pilihan kami.. 

Senang jer kalau nak contact Hayuka Bandoeng.. diaorg ada facebook.. korang search dan add fb Hayuka Bandoeng.. lepas tu mesej la dioarg.. mesti dibalas oleh mereka.. sangat senang berurusan dengan mereka.. malah, kalau korang nak tahu.. aku dah survey.. kos perkhidmatan supir dari Hayuka Bandoeng adalah termurah antara yang termurah.. hehehe..



~ CuTi-CuTi BaNDuNG : RuPiaH DaN RuPIaH ~


Jeng.. jeng.. jeng.. setelah setahun.. aku dan encik suami kembali bercuti ke Bandung, Indonesia pada 27 hingga 31 oktober 2014 yang lalu.. jika dulu percutian kami bersama ahli keluargaku.. maka untuk ke sekian kali ini kami berdua pergi bersama keluarga encik suami.. adil dan saksama.. hehehehe..

Apa lagi.. seperti biasa.. sebelum bercuti.. kita tukar duit le.. tatkala time kami bercuti kadar pertukaran RM 276.00 bersamaan 1,000,000 rupiah.. bayangkan kalau tukar RM2,500.. berjuta-juta rupiah dapat.. jadilah orang kaya baru sekejap.. walaupun jutawan rupiah.. 


Dan seperti biasa juga.. percutian kami adalah bersama Air Asia.. hah kalau korang nak tiket murah.. rajin-rajinlah jengah website Air Asia.. atau  tunggu saja time promosi free seat.. almaklum la dari korang membazir duit  membeli tiket dengan harga yang mahal.. baiklah duit tu disimpan untuk shopping di Bandung.. jimat jangan tak jimat..




Tuesday, November 5, 2013

CuTi-CuTI BaNduNG : SuPiR & HaYuKa BaNdOeNG

~ kenderaan kami ~
~ Wisnu supir kami sepanjang di KOTA BANDUNG.. terima kasih WISNU ~

Jeng.. jeng. jeng.. di atas itulah kenderaan yang kami naiki sepanjang 5 hari 4 malam di KOTA BANDUNG.. sebelum bercuti, jika ada masa terluang.. aku rajin terjah blogger-blogger yang pernah bercuti ke KOTA BANDUNG.. ramai blogger yang syorkan untuk guna perkhidmatan supir dari Hayuka Bandoeng.. tertarik dan menarik.. aku pun terus booking online thru facebook.. hah Hayuka Bandoeng ada facebook.. korang boleh add https://www.facebook.com/hayuka.bandung

Mudah bangat berurusan dengan Hayuka Bandoeng.. tanyalah apa pun pada Hayuka Bandoeng.. mesti sekejap jer diaorg balas mesej korang.. malah korang tak perlu bayar deposit pun time booking.. dan caj yang dikenakan pun sangatlah berpatutan.. murah!!!. yang penting supirnya baik dan ramah melayani pertanyaan dan permintaan kami.. dan paling best part masa, sangat menepati masa!!!.. 100% aku syorkan kalian untuk guna perkhidmatan wisnu dari Hayuka Bandoeng jika ke KOTA BANDUNG..

NOTA :- Terima kasih yudha rajin melayani pertanyaan.. terima kasih 
             wisnu sabar melayani kami.. pasti guna khidmat Hayuka 
             Bandoeng lagi jika ke KOTA BANDUNG..



CuTi-CuTi BaNduNG : OraNGe's HoMe SyaRiaH

~jutawan rupiah ~
Salam maal hijrah untuk silent readerku mahupun followers aku tersayang.. selamat bercuti juga untuk kalian semua.. jeng, jeng, jeng.. bila disebut cuti, maka terbayanglah percutian aku, encik suami, kakak, adik dan adik iparku ke KOTA BANDUNG, INDONESIA pada 28 Oktober 2013 yang lalu.. percutian yang telah dirancang pada awal tahun 2013.. 

Maka sebelum bercuti wajiblah tukar duit rupiah dulu.. terasa jutawan tatkala menukar duit ke rupiah.. almaklum la 1,000,000 rupiah bersamaan RM285.00 time tu.. bayangkanlah kalau kalian tukar RM1,000.00.. hah kan dah jadi jutawan.. tapi jutawan rupiah jer la.. hehehehe

~ abaikan dua orang model tu.. hehehe..~


~ Orange's Home Syariah Bandung ~

Orange' Home Syariah Bandung.. inilah hotel yang kami duduk sepanjang 5 hari 4 malam di kota bandung.. aku booking hotel nie melalui www.agoda.com jer.. mudah dan senang.. ramai juga pelancong Malaysia yang menginap di sini.. setiap hari ada jer group dari Malaysia check-in di hotel ini.. time breakfast pun penuh dengan muka orang Malaysia.. biliknyer pun selesa.. jika korang ke KOTA BANDUNG, aku syorkan menginaplah di sini.. tak perlu menginap di hotel 5 star @ 4 star.. almaklum la hotel sekadar tempat penginapan jer di KOTA BANDUNG.. dari pagi sampai ke malam sahih-sahih korang akan bershopping sakan.. hah jika berminat silalah layari  www.orangehomessyariahhotelbandung.com/