Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

~ BoSaN SuDaH~

Bosan.. bosan. bosan.. bosan bila segelintir individu tidak mahu menerima teguran atau pandangan.. mestikah bila kita berkuasa, hanya kita yang betul..  mestikah bila kita berkuasa yang atas sentiasa betul dan yang bawah sentiasa salah.. sampai bila sikap begini harus ada.. atau mungkin ini yang dinamakan ego.. 

Seumpama seorang ayah dengan anak.. anak pasti menghormati si ayah.. namun andai ayah tersilap langkah.. pasti si anak menegur si ayah.. seumpama seorang abang dan adik.. adik pastinya menghormati si abang.. namun andai abang tersilap langkah, adik pasti menegur si abang kerana sayang seorang adik buat seorang abang.. seumpama seorang suami dengan isteri.. isteri pastinya menghormati sang suami.. namun andai sang suami tersilap langkah.. pastinya isteri dalam resah menegur sang suami.. seumpama seorang ketua dan orang bawahan.. orang bawahan pasti menghormati ketua mereka.. andai ketua tersilap langkah.. orang bawahan pasti menegur penuh hormat.. dan siapa pun kita jangan biarkan rasa hormat itu hilang.. dek gara-gara sikap kita..

Sekadar luahan rasa melihat suasana persekitaran dewasa ini.. moga luahan rasa ini dibaca dengan minda dan hati yang terbuka.. dan walau di mana pun kita berada.. walau siapa pun kita.. moga  kita sentiasa bermuhasabah diri.. kerana kita bukanlah insan yang sempurna..









Thursday, March 7, 2013

~ CoReTaN DaRi SaTu PeMeRHaTiAN ~

Aku punya pandangan.. pandangan seorang insan.. pandangan seorang individu.. pandangan berdasarkan logik akal.. antara betul dan salah.. tanpa dikaitkan dengan emosi dan perasaan.. tatkala menganalis dan memerhati perubahan ini.. 

Hakikatnya dalam hidup ini.. sebanyak mana pun pengalaman kita.. setinggi mana pun ilmu di dada.. belum tentu kita betul.. dan hakikatnya dalam hidup ini juga.. walaupun kita ini muda belia.. baru setahun jagung.. belum tentu kita salah.. 

Sebagai seorang insan.. sebagai seorang individu.. tidak salah andai setiap pendapat dan pandangan yang diberi.. dikaji dan difikirkan dahulu.. sebelum dibangkang.. dan biarlah tiada hati yang terasa dengan sikap@cara kita.. demi mengelakkan kewujudan persekitaran negatif di persekitaran kita.. atau mungkin juga dihati kita...

Dan.. sebagai seorang insan.. sebagai seorang individu.. tidak salah kita memberi teguran mahupun arahan.. namun biarlah teguran mahupun arahan itu secara berhemah.. umpama seorang anak dengan ibu.. biarlah arahan itu tidak mendahului arahan seorang ibu.. dan sebagai seorang ibu.. biarlah arahan dan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi sang anak-anak.. 

Dan.. sebagai seorang insan.. sebagai seorang individu.. tidak salah untuk bersikap baik dengan insan-insan di persekitaran kita.. namun, biarlah kebaikan itu tidak mempengaruhi tindak-tanduk kita.. umpama seorang abang dengan adik.. tatkala adik membuat kesilapan mahupun kesalahan.. dalam kelembutan namun tegas sang abang perlulah menegur sang adik.. jangan dibiarkan sang adik terleka dengan kesilapannya hanya kerana dia bergelar adik.. dan jangan dibiar sang adik terasa betul, hanya kerana keakraban adik dan abang..

Sekadar coretan dari satu pemerhatian.. moga coretan ini dibaca dan dihayati dengan logik akal.. jangan dibaca dan dihayati dengan logik emosi.. kerana setiap kita tidak sempurna.. setiap kita pasti ada kelebihan dan kekurangan.. namun, tidak salah andai kekurangan itu diperbaiki dari semasa ke semasa.. agar kita menjadi lebih sempurna dari sehari ke sehari.. INSYAALLAH..


Tuesday, January 22, 2013

~ 37 TaHuN : PeNuH WaRNa-WaRNi ~

Semalam 21 Januari 2013.. 37 tahun sudah.. 37 tahun menghirup udara di bumi ALLLAH ini.. pastinya terlalu banyak impian, harapan dan cita-citaku di sebalik pelbagai warna-warni kehidupan ini.. takkiralah sebagai HAMBA ALLAH di bumi ini.. atau seorang ANAK buat seorang ibu.. atau seorang ISTERI buat seorang suami..  atau seorang PEKERJA buat sebuah majikan.. atau seorang SAHABAT buat seorang teman..

ALHAMDULILLAH.. walau siapa pun aku di sepanjang 37 tahun ini.. aku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. walau kesusahan hidup tatkala kehilangan arwah abah seawal usia 17 tahun membantutkan impianku untuk belajar setinggi gading.. namun, ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. di usia muda sudah berbakti pada emak dan keluargaku..  walau hingga kini hidupku hanya aku dan encik suami.. namun, ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. mahligai yang kami bina tetap utuh dan mekar dengan haruman kasih dan sayang..   walau tidak berstatus dan berjawatan tinggi setinggi burung di angkasa.. namun ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. dengan jawatanku aku masih dapat memenuhi keperluan dan kehendak keluargaku.. dan walau siapapun aku.. ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH kerana menganugerahkan sahabat dan teman yang sentiasa ada di sisiku.. di kala susah, senang, gembira mahu pun susah.. dan siapapun aku.. moga aku terus ISTIQAMAH dalam setiap langkahku dalam meniti liku-liku hidup ini keranamu YA ALLAH..

Tuesday, October 2, 2012

~ MuHaSaBaH DiRi : KiTa Ini HaNYa HaMbA ALLAH ~

Selamat malam Malaysia.. Selamat malam dunia.. Selamat malam followers dan silent reader ku.. agak lama tak berblogging.. bukan kehabisan idea@cerita@entry.. tapi biasalah bila kesibukan kerja datang menjelma dan kemalasan mula melanda.. sedangkan kalau nak diikut, terlalu banyak idea@cerita@ entry yang mahu ku kongsi bersama kalian semua.. 

Malam-malam nie kan best kalau kita mengingati diri kita.. tak kiralah kalian pemimpin atau pun rakyat jelata.. majikan mahupun pekerja.. bos ataupun staf.. bahawa kita ini hanyalah hamba ALLAH.. Betapa dalam mengejar kemewahan dunia, pangkat mahupun status yang semuanya bersifat duniawi.. jangan kita alpa dan lupa.. kita hanyalah hamba ALLAH..  

Nota : - Sekadar mubasabah diri.. sekadar peringatan kepada diri ini.. 
             supaya tidak alpa dan lupa hakikat bahawa diri ini hanyalah 
             hamba ALLAH..