Tuesday, January 22, 2013

~ 37 TaHuN : PeNuH WaRNa-WaRNi ~

Semalam 21 Januari 2013.. 37 tahun sudah.. 37 tahun menghirup udara di bumi ALLLAH ini.. pastinya terlalu banyak impian, harapan dan cita-citaku di sebalik pelbagai warna-warni kehidupan ini.. takkiralah sebagai HAMBA ALLAH di bumi ini.. atau seorang ANAK buat seorang ibu.. atau seorang ISTERI buat seorang suami..  atau seorang PEKERJA buat sebuah majikan.. atau seorang SAHABAT buat seorang teman..

ALHAMDULILLAH.. walau siapa pun aku di sepanjang 37 tahun ini.. aku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. walau kesusahan hidup tatkala kehilangan arwah abah seawal usia 17 tahun membantutkan impianku untuk belajar setinggi gading.. namun, ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. di usia muda sudah berbakti pada emak dan keluargaku..  walau hingga kini hidupku hanya aku dan encik suami.. namun, ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. mahligai yang kami bina tetap utuh dan mekar dengan haruman kasih dan sayang..   walau tidak berstatus dan berjawatan tinggi setinggi burung di angkasa.. namun ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH.. dengan jawatanku aku masih dapat memenuhi keperluan dan kehendak keluargaku.. dan walau siapapun aku.. ku SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH kerana menganugerahkan sahabat dan teman yang sentiasa ada di sisiku.. di kala susah, senang, gembira mahu pun susah.. dan siapapun aku.. moga aku terus ISTIQAMAH dalam setiap langkahku dalam meniti liku-liku hidup ini keranamu YA ALLAH..

No comments: