Showing posts with label Bandung 2014. Show all posts
Showing posts with label Bandung 2014. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

~ CuTi-CuTi BaNDuNG : HenRY DaN HaYuKa BaNDoeNG ~


Opss.. siapa dua jejaka nie.. baju kuning tu semestinya encik suamiku.. sebelah encik suamiku ialah henry.. pemandu kami sepanjang bercuti di Bandung, Indonesia..

Kalau korang nak tahu.. henry dari Hayuka Bandoeng.. dulu first time aku gi Bandung, aku guna khidmat supir dari Hayuka Bandoeng.. tatkala itu, Wisnu jadi supir kami.. puashati dengan khidmat Wisnu, kami masih menggunakan khidmat Hayuka Bandoeng.. kali ini, bersama Henry.. puas kami menjelajahi kota Bandung.. dari lebuh raya sampailah ke lorong-lorong tikus.. dari perumahan mewah sampailah ke pasar basah.. puas kami jelajahi..walaupun kadang-kadang hanya melihat dan memerhati dari dalam kereta realiti kehidupan di kota Bandung..  

Aku, encik suami dan mertuaku sangat-sangat berpuashati dengan khidmat Henry.. selalu bagi kami tips kalau ingin bershopping.. malah seringkali menasihati kami agar tidak terpedaya dengan tipu muslihat peniaga-peniaga di Kota Bandung.. tanyalah apa saja pasal Bandung.. dari sejarah Tangkuban Perahu.. mahupun  apa saja...pasti Henry boleh jawab.. 

So, jika korang bercuti ke Bandung.. perlukan khidmat supir.. aku cadangkan gunalah perkhidmatan Henry dari Hayuka Bandoeng.. korang mesti puas hati.. macam aku dan encik suami.. In Shaa Allah next trip kami April 2015.. Henry dan  Hayuka Bandoeng tetap jadi pilihan kami.. 

Senang jer kalau nak contact Hayuka Bandoeng.. diaorg ada facebook.. korang search dan add fb Hayuka Bandoeng.. lepas tu mesej la dioarg.. mesti dibalas oleh mereka.. sangat senang berurusan dengan mereka.. malah, kalau korang nak tahu.. aku dah survey.. kos perkhidmatan supir dari Hayuka Bandoeng adalah termurah antara yang termurah.. hehehe..



~ CuTi-CuTi BaNDuNG : RuPiaH DaN RuPIaH ~


Jeng.. jeng.. jeng.. setelah setahun.. aku dan encik suami kembali bercuti ke Bandung, Indonesia pada 27 hingga 31 oktober 2014 yang lalu.. jika dulu percutian kami bersama ahli keluargaku.. maka untuk ke sekian kali ini kami berdua pergi bersama keluarga encik suami.. adil dan saksama.. hehehehe..

Apa lagi.. seperti biasa.. sebelum bercuti.. kita tukar duit le.. tatkala time kami bercuti kadar pertukaran RM 276.00 bersamaan 1,000,000 rupiah.. bayangkan kalau tukar RM2,500.. berjuta-juta rupiah dapat.. jadilah orang kaya baru sekejap.. walaupun jutawan rupiah.. 


Dan seperti biasa juga.. percutian kami adalah bersama Air Asia.. hah kalau korang nak tiket murah.. rajin-rajinlah jengah website Air Asia.. atau  tunggu saja time promosi free seat.. almaklum la dari korang membazir duit  membeli tiket dengan harga yang mahal.. baiklah duit tu disimpan untuk shopping di Bandung.. jimat jangan tak jimat..