Showing posts with label Treatment Tangan. Show all posts
Showing posts with label Treatment Tangan. Show all posts

Monday, October 31, 2011

~ PuLiH SuDaH ~

Opsss.. baru aku perasan, kesakitan pada tanganku sudah hilang.. sudah hilang 100 peratus.. syukur sangat-sangat.. terasa berbaloi dengan treatment tangan yang aku buat.. almaklum la kos treatment tanganku agak mahal juga.. dan ditanggung oleh companyku.. terima kasih untuk companyku, yang membayar kos rawatan treatment tanganku..  hehehhe...

Saturday, September 24, 2011

~ MeLaWaT DoKtoR PaKaR LaGi ~

Hari ni.. aku melawat doktor lagi.. sepatutnya appointment aku bersama doktor pakar ialah pada 26hb September 2011.. namun, kerana tarikh itu aku bekerja dan kerana tidak mahu mengganggu kerja, aku mempercepatkan appointment aku ke hari ini... sebenarnya  ini kali kedua follow-up checkup aku dengan doktor pakar setelah mengambil suntikan plasma dek kerana kesakitan tangan kananku.. 

Kalau mengikut perkiraan doktor pakar, tangan kananku memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih sepenuhnya.. itupun aku harus membataskan pergerakan tangan kananku.. dan minggu ini adalah minggu keenam setelah aku menjalani suntikan plasma.. namun hari nie ketika ditanya oleh doktor.. aku berterus-terang memberitahu doktor.. tanganku 95% hampir ok.. namun sesekali masih terasa sakit tatkala membuat kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal tangan kananku.. walaupun kadang-kadang bersikap selamba.. seolah-olah tanganku seperti dahulukala.. namun, kadang-kadang aku kalah dek kesakitan yang aku alami.. dan kesakitan itu kerap aku alami sehari dua ini tatkala membuat persiapan gerai di open house officeku..  terutama tatkala menganyam dan menggunting anyaman rotan untuk hiasan geraiku.. 

Dan akhirnya hari ini doktor pakar menanda pangkah untuk ke sekian kali lagi di tanganku.. dan akhirnya tanganku disuntik ubat bius sebelum di suntik dengan ubat di bahagian ligamen ibu jari tangan kananku.. dan aku disuruh menggunting kertas di depan doktor pakar sendiri... salah satu pergerakan tangan yang kadangkala menimbulkan kesakitan padaku, demi memastikan ubat yang disuntik sampai pada tempat yang ditanda.. malah aku dibekalkan reparil gel N dan acustop cataplasma untuk disapu pada tanganku.. doaku agar  kesakitan yang kadang-kala aku alami ini akan beransur-ansur berkurangan.. doaku moga follow-up aku seterusnya adalah follow-up aku yang terakhir bersama doktor pakar..  


NOTA :- Walaupun terasa sakit ketika membuat anyaman rotan
              untuk memenuhi tema gerai di open house officeku.. 
              namun kesakitan itu terubat juga dek kerana kemenangan 
             tempat kedua untuk gerai terbaik di open house officeku.. 

Monday, August 22, 2011

~ Jumpa Doktor Lagi ~

Hari nie aku ada temujanji dengan doktor pakar di KBMC.. follow-up tangan kananku setelah hampir seminggu menjalani suntikan plasma gara-gara kesakitan yang aku alami.. patut la kadang-kadang aku rasa ok.. dan kadang-kadang aku rasa ko.. rupanya ikut kata doktor ambil masa sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih sepenuhnya.. INSYAALLAH selepas enam minggu aku akan follow-up lagi dengan doktor.. harap-harap dan doaku agar tanganku akan pulih 100% menjelang follow-up aku seterusnya.. hehehhee...

NOTA :- Pergerakan tangan yang maksima juga antara sebab yang 
            melambatkan proses pemulihan tanganku.. dan lagi sekali 
            doktor suruh aku pakai alat sokongan agar tidak memberi
            tekanan kepada tanganku untuk tempoh enam minggu lagi.. 
            Lecehnyer..

Friday, August 12, 2011

~ Treatment Tangan ~

Akhirnya.. hari yang aku tunggu tiba jua.. hari nie separuh hari aku dan encik suami berkampung di KBMC.. segala-segalanyer untuk treatment tanganku.. awal kami sampai KBMC.. pukul 8 dah sampai.. apa lagi dapat jer bilik, kami pun melepak la dalam bilik sambil menarik selimut untuk menahan kesejukan aircond di bilik.. jam 11.00 pagi doktor datang, aku dibius.. diberi ubat tidur untuk selama satu jam setengah.. mulanyer tak nak juga dibius, tapi doktor kata baik bius, nanti tak tahan sakit.. melepas la aku nak melihat macam mana treatment yang dibuat oleh doktor.. sesedar dari tidur, tengok-tengok dah siap... doaku moga dengan treatment yang aku buat nie, sakitku akan hilang.. INSYAALLAH..

NOTA :- Kata encik suami, proses ambil dan suntik darahku semula 
            sekejap jer.. doktor ambil darah dan diproses lepas tu 
            dimasuk semula di tempat yang ditanda sakit.. dua belas 
            tempat juga la doktor cucuk dan suntik darahku semula.. 
            dan gara-gara treatment nie, aku dapat mc 4 hari..

Saturday, August 6, 2011

~ Akhirnya ~

Jumaat depan aku bakal mc.. Gara-gara nak buat injection untuk sakit tangan yang telah hampir sebulan aku alami.. Pelbagai cara aku dah buat.. Urut dah, ketuk pun dah, tapi masih sakit lagi.. Kebetulan hari ini, encik suami ada checkup dengan doktor pakar, aku pun ambil kesempatan untuk bertanya pada doktor.. Dan akhirnya aku rasa, aku harus setuju dengan doktor pakar.. Untuk masuk wad dan diberi suntikan.. Almaklum la, sakit ini agak mengganggu aku juga.. Moga dengan treatment yang bakal aku buat nanti, sakit ini akan hilang untuk selama-lamanyer..