Showing posts with label Cuti-Cuti Over The Sea. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Over The Sea. Show all posts

Monday, July 25, 2011

~ USS Trip [Part 2] ~

Battlestar Galactica



HUMAN or CYCLOn - Choose your side on the world's tallest duelling roller coasters. Prepare to engage in aerial combat between two coasters. The Cylon suspended coaster goes up, around adn upside down with an intense corkscrew and a cobra roll, while the Human seated coaster zooms at speeds 82.8km/h and propels you over fourteen storeys into the air~
Begitulah antara petikan yang terdapat dalam pamplet Studio Guide USS. Tengok pun dah takut. Belum naik lagi. Berkali-kali hidayah dan atiqah, anak member officeku ajak naik. Namun, aku tolak pelawaan itu. Bukan apa, takutttttttttt. Takut jatuh. Hahahaha. 

Namun, tabik spring pada keberanian hidayah dan atiqah. Walaupun berkali-kali aku cakap, bahaya. Mereka tetap ingin naik. Paling kesian, si hidayah. Tidak dibenarkan naik dek kerana ketinggian tidak mencukupi. Kalau korang nak tahu, hanya kanak-kanak dengan ketinggian yang yang dibenarkan sahaja boleh bermain  Battlestar Galactica ini. So kalau korang bercuti ke USS dan korang seorang yang berani, jangan lupa untuk mencuba Battlestar Galactica. Pasti tidak mengecewakan.


Sunday, July 24, 2011

~ USS Trip [Part 1]~


Gambar kenangan aku dan encik suami. Sehari sebelum USS Trip encik suami jatuh motor. Itulah sebabnya encik suami terpaksa menggunakan tongkat. Trip ini pun nyaris-nyaris cancel dek kecederaan yang dialami oleh encik suami. Namun atas izin doktor, encik suami dibenarkan untuk turut serta dengan amaran tidak terlibat dalam setiap game yang terdapat di USS.

Gambar kenangan bersama adik-adikku dan kak nana sekeluarga. Percutian yang telah lama dirancang bersama kak nana sekeluarga. Dan akhirnya Julai 2011 hasrat kami tercapai untuk ke USS.

Inilah antara gambar yang wajib ada bagi setiap pengunjung yang mengunjung Universal Studio. Gambar ini aku rakam tatkala mengunjung Universal Studio Singapore (USS) awal Julai yang lalu. Hah kalau korang ada gambar nie, tak semestinya korang dah masuk USS. Almaklum la trademark ni di luar USS. 

NOTA :- Tunggukan entry aku akan datang, aku update korang
            dengan pemandangan sekitar USS.. Hehehhe..