Sunday, July 24, 2011

~ USS Trip [Part 1]~


Gambar kenangan aku dan encik suami. Sehari sebelum USS Trip encik suami jatuh motor. Itulah sebabnya encik suami terpaksa menggunakan tongkat. Trip ini pun nyaris-nyaris cancel dek kecederaan yang dialami oleh encik suami. Namun atas izin doktor, encik suami dibenarkan untuk turut serta dengan amaran tidak terlibat dalam setiap game yang terdapat di USS.

Gambar kenangan bersama adik-adikku dan kak nana sekeluarga. Percutian yang telah lama dirancang bersama kak nana sekeluarga. Dan akhirnya Julai 2011 hasrat kami tercapai untuk ke USS.

Inilah antara gambar yang wajib ada bagi setiap pengunjung yang mengunjung Universal Studio. Gambar ini aku rakam tatkala mengunjung Universal Studio Singapore (USS) awal Julai yang lalu. Hah kalau korang ada gambar nie, tak semestinya korang dah masuk USS. Almaklum la trademark ni di luar USS. 

NOTA :- Tunggukan entry aku akan datang, aku update korang
            dengan pemandangan sekitar USS.. Hehehhe..



No comments: