Showing posts with label Bila Jemari Mula Menaip. Show all posts
Showing posts with label Bila Jemari Mula Menaip. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

~ SaLaM KeMeRDeKaaN ~

Merdeka.. merdeka.. merdeka.. setiap tahun kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara  kita, MALAYSIA.. tahun ini, kita meraikan ulangtahun yang ke 56.. 56 tahun menghirup udara kemerdekaan.. apakah kita benar-benar merdeka.. kita telah merdeka dari penjajahan.. namun adakah kita betul-betul telah merdeka dari penjajahan di alam baru.. tepuk dada tanyalah minda kita masing-masing.. yang bergelar warga MALAYSIA..

NOTA : - Buat seluruh warga MALAYSIA.. selamat bercuti di hari MERDEKA.. selamat menyambut hari MERDEKA.. 

Sunday, August 12, 2012

~ BeLiMBinG Oh BeLiMBinG [ParT 2]

~ Sambal Hitam ~

Sambal hitam.. resepi tradisi orang pahang.. itulah tujuan aku tatkala ambil belimbing buluh di kampungku untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.. tatkala itu, kepala otakku membayangkan kesedapan makan nasi panas-panas bersama-sama sambal hitam.. puas jugalah aku google resepi sambal hitam ini di blog-blog masakan.. hampir kesemua resepi yang aku google dan hampir semua bagitahu kena rebus belimbing buluh selama empat jam.. tapi aku derhaka.. aku rebus satu jam.. lama bebenor nak tunggu sampai empat jam, sedangkan sejam pun aku rasa lama.. hehehe.. apa pun, walaupun derhaka tak ikut ajaran tuan punya.. namun, menjadi juga percubaan pertama aku.. memenuhi selera anak tekakku.. 


~ Masak Lemak Ikan Tenggiri Belimbing Buluh ~
Masak lemak ikan tenggiri bersama belimbing buluh ini aku masak juga.. abaikan warnanyer yang tak berapa mengancam.. yang penting belimbing buluh dalam masak lemak ikan tenggiri ini.. nikmatnya bila makan nasi, dimakan dengan belimbing buluh.. aku suka.. masam-masam gitu.. tapi encik suami tak suka.. almaklum la encik suami, kureng makan masam.. hehehhe.. 

NOTA :- Entry ini hanya wujud time aku rajin memasak.. kalau time aku 
            malas.. tak adanyer aku ke dapur.. 



Thursday, July 19, 2012

~ BeLiMBinG Oh BeLiMBinG ~





Baru-baru ini aku dan encik suami pulang ke kampungku di Kuala Kangsar.. kebetulan ketika balik, pokok belimbing buluh di belakang rumahku sedang lebat berbuah.. geram melihat buah-buahnya yang bergayut-gayutan dan besar-besar belaka.. rambang mata.. besar-besar dan segar-segar.. mulanyer tak berapa nak percaya juga, bila makcikku kata buah pokok belimbing buluh nie banyak.. sekali pergi ke belakang rumahku, dari jauh lagi dah lihat belimbing-belimbing buluh ini bergayut-gayutan.. sampaikan  banyak yang dah masak dan jatuh ke tanah.. apa lagi, alang-alang dah balik.. aku pun ambillah untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.. tatkala itu, di otakku  berlegar-legar masakan berasaskan belimbing.. masak lemak ikan tenggiri dengan belimbing buluhlah.. sambal hitam masakan tradisi Pahang la.. agak-agak korang aku masak tak?.. hehehhe.. jeng, jeng, jeng.. tunggu entry aku seterusnya.. kalau nak nak tahu kesudahan belimbing buluh ini..  

NOTA :- Belimbing  buluh kalau dibuat sambal hitam, mesti sedap 
            dimakan dengan nasi panas.. first time makan.. diperkenalkan 
            oleh Hakim, member officeku..

Wednesday, June 13, 2012

~ NoVeLis SuDah ~

http://ummuwarha.blogspot.com ... ada apa dengan blog ini.. hah, kalau korang nak tahu inilah blog ex-bos aku.. first bos aku tatkala mula bekerja 16 tahun dahulu.. hah sekarang, beliau dah jadi novelis terkenal.. menulis novel-novel islamik.. penulis novel Setanggi Kalbu Harraz dan Cinta Multazam.. walau belum berkesempatan membeli novel-novel beliau, namun membaca sinopsis sahaja sudah dapat aku bayangkan betapa novel-novel beliau amat menarik untuk dibaca.. pastinya novel-novel ini akan berada dalam koleksi novelku.. Insyaallah..

Buat beliau.. yang ku panggil Kak Razi.. doaku semoga terus sukses di alam penulisan..  semoga cetusan idea beliau memberi inspirasi dan kekuatan minda buat khalayak pembaca novel-novel beliau untuk terus  menghadapi segala rintangan mendatang.. 

NOTA :- 16 tahun berlalu sudah.. menatap gambar beliau... masih tetap
             sama seperti 16 tahun lalu.. semoga terus sukses.. 

Wednesday, April 11, 2012

Goyang Oh Goyang

Hari nie first day aku dan member-member officeku check-in di Hotel Hydro, Penang untuk Bengkel Sumber Daya Insani anjuran officeku.. Tatkala sampai dan mendaftar di Hotel Hydro cuaca amat baik.. Namun, tatkala sedang melepak bersama dengan memberku di dalam bilik, tiba-tiba kami terasa bangunan bergoyang.. agak lama la juga..ingatkan aku dan memberku saja yang rasa.. rupanya member-member officeku di bilik lain pun terasa.. khusyuk dan sabar kami menunggu berita.. tatkala berita disiarkan, barulah kami tahu Sumatera Utara dilanda gempa.. patutlah terasa bergoyang.. first time dalam situasi ini.. pelbagai rasa ada..

Akhirnya, demi keselamatan.. aku dan member-member officeku menginap semalaman di Hotel Vistana, Pulau Pinang.. sementara menunggu amaran tsunami di tarik semula.. sehelai sepinggang kami semua berkampung dan berkelana di Hotel Vistana.. apa-apa pun keselamatan lebih penting.. biarpun sehelai sepinggang, asalkan kami semua selamat.. itu lebih penting..


Sunday, March 4, 2012

~ Selamat Pengantin Baru ~

~ Azhar & Fatin ~
Hah.. cantik dan handsome tak pengantin baru nie.. inilah adik sepupu lelakiku.. yang baru saja melangsungkan perkahwinan bersama isteri tersayang pada 25 Februari 2012 yang lalu.. pakcik dan makcik, sepupu sepapat dan kaum keluargaku pakat ramai-ramai turun ke KL menghadiri perkahwinan yang ditunggu-tunggu ini.. puas jugalah aku dan sepupu sepapatku bergambar.. hehehhe..

Buat pasangan pengantin ini, selamat pengantin baru.. semoga cinta dan kasih sayang kalian berdua akan terus berkembang mekar selama-lamanya.. dan semoga hidup kalian dirahmati dan diberkati ALLAH..

Wednesday, February 1, 2012

~ Selamat Bercuti ~

Hari nie.. 1 Februari 2012.. hari wilayah.. apa lagi, off day la hari nie.. lepak-lepak kat rumah.. sementara menunggu encik suami pulang dari kerja.. almaklum la encik suami bekerja di Selangor.. untuk semua warga wilayah, tak kira la kalian berada di Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan.. selamat bercuti.. semoga cuti am sempena hari wilayah memberi seribu satu manfaat buat kalian.. 

NOTA :- Opss.. jika kalian punyai saman DBKL.. ambillah peluang 
            sempena hari wilayah.. untuk menunaikan bayaran saman 
            tersebut.. almaklum la dapat diskaun sempena hari wilayah.. 

Sunday, January 8, 2012

~ Bila Jiran Tidak Menghormati Jiran ~

Hidup berjiran.. patutnya saling bertimbang-rasa.. saling hormat-menghormati.. namun, jiwaku membara.. hatiku geram jer.. bila sikap baik ini tiada pada jiran sebelah rumahku.. start dari anak dan menantu.. sama sahaja.. sudahlah kadang kala parking kereta sesuka hati jer.. cuti hujung minggu pun diganggu-gugat.. berkaroake sesuka hati tanpa menghormati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari masjid.. tanpa mengira waktu.. siang mahupun malam.. 

Kalau pun rasa suara tu merdu bak buluh perindu.. kalau pun sound system radio kereta canggih dan up to date.. tak perlulah nak menyanyi sekuat hati.. nak memasang radio kereta sekuat hati.. cukup-cukuplah korang nyanyi anak, isteri dan keluarga korang jer dengar.. homatilah jiran tetangga.. yang bekerja dan hanya bercuti di hujung minggu..

Pelik bin ajaib.. korang ada emak.. korang sudah kahwin.. korang ada anak.. pernahkah korang terfikir sikap buruk korang adik beradik memalukan keluarga.. dan tidakkah anak-anak kecil korang terganggu tidur tatkala emak dan bapanyer berkaroake sekuat hati..fikir-fikirkan.. aku yang sudah dewasa ini pun sakit telinga dan otak dengar, apakan lagi anak-anak korang.. dan jangan fikir aku dan encik suami tiada anak, kami tidak terganggu dengan sikap buruk korang..

Kalau ikut hati aku.. hendak jer sound direct korang.. tapi aku masih hormat korang sebagai anak jiran aku.. aku masih hormat emak korang.. kalau rasa hormat itu hilang, hah time tu.. jangan salahkan aku, kalau korang di sound direct oleh aku.. 

NOTA :- Rupanya bukan aku dan encik suami jer geram dan bengang
              dengan korang.. tapi jiran-jiran yang lain pun sama.. baru
             aku dan encik suami tahu.. ingatkan hanya kami jer yang
             rasa terganggu.. rupanya jiran-jiran satu lorong pun 
             terganggu dengan sikap buruk korang..


Sunday, January 1, 2012

~ 2012 ~

Hari ini.. 01 Januari 2012.. hari pertama di tahun baru 2012.. selamat tahun baru untuk anda semua.. semoga fajar 2012 akan memberikan seribu satu kebahagiaan buat kita semua.. 


NOTA :- Hari ini.. hari pertama aku di Kuala Lumpur.. setelah hampir
            dua minggu meninggalkan kota metropolitan ini.. pulang ke 
            kampung.. menghabiskan cuti bersama keluarga.. sambil
            menghidup udara segar di kampungku, Kuala Kangsar.. dan
            ini adalah entry pertama aku di tahun 2012.. Heheheh..

Saturday, December 17, 2011

~ Selamat Pengantin Baru ~


Hari ini.. 17 Disember 2011.. aku dan encik suami ke Teluk Intan.. menghadiri kenduri anis.. buat anis dan husband... selamat pengantin baru.. selamat bergelar seorang isteri.. semoga menjadi isteri yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. semoga kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa menghiasi istana cinta kalian berdua.. aminn...

Tuesday, November 15, 2011

~ SeLaMaT HaRi LaHiR EmAk ~

Hari nie.. 15 November 2011.. hari lahir emak yang ke-71 tahun.. buat emak, selamat hari lahir.. moga panjang umur.. dimurahkan rezeki dan berbahagia meniti hari-hari tua bersama kami.. anak-anak, menantu dan cucu-cucu emak..

NOTA :- Terima kasih kerana membesarkan kami.. terima kasih kerana
             selalu berada di sisi kami tika gembira, suka mahupun duka..
             kami sayang emak!!!!

Friday, November 11, 2011

~ SeLaMaT PeNgAnTin BaRu ~

Hari ini.. 11.11.11... mengambil keberkatan hari jumaat dan mengambil keunikan tarikh hari ini.. maka hari ini berlangsung majlis pernikahan member officeku, AMALINA MOHAMAD SEKERI.. buat amal dan zikri.. selamat pengantin baru.. selamat menempuh fasa baru.. alam baru.. dalam kehidupan kalian berdua... semoga ikatan cinta kalian berdua akan kekal selama-lamanya.. Aminnn..

NOTA :- Teringat amal. teringat coklat.. teringat bunga.. dan teddy bear 
             yang acapkali dapat ketika bergelar tunangan zikri.. hehehehe...
            



Friday, November 4, 2011

~ Terharu ~

Dr. Nur Izah's Weblog.. antara blog yang acapkali aku kunjungi satu ketika dulu.. tatkala bergelar silent reader.. segalanya bermula dengan kegilaan aku untuk memakai abaya ketika pulang dari mengerjakan umrah.. kerana perniagaan online abayadotcom beliau, membuatkan aku sering teruja untuk mengunjungi blog beliau..dan sehingga kini aku masih follow Dr. Nur Izah's Weblog.. terharu dan teruja rasa hati tika membaca blog beliau, tiba-tiba aku terperasan blogku diletakkan di ruangan fellow blogger pada Dr. Nur Izah's Weblog.. siapalah aku berbanding dirinya.. insan kerdil yang baru berjinak-jinak di alam blogger.. buat Dr. Nur Izah, terima kasih!!!

NOTA :- Moga suatu hari, dengan izinNYA aku berpeluang berjumpa
             dan berkenalan dengan Dr. Nur Izah.. hehehe..

Sunday, October 30, 2011

~ BuAt DiA ~

Dia sahabat.. dia teman.. dia rakan.. tempat aku berkongsi suka duka kehidupan ini.. namun lewat bicaranya di YM, aku dikejutkan dengan berita dia menghidap kanser otak.. arrghhh, tabahkan aku?.. kuatkah aku.. andai diuji sehebat ini.. 

NOTA :- Doaku selalu.. moga dia akan terus diberi kekuatan dan 
            ketabahan saat diuji dengan ujian sehebat ini.. moga 
            dia akan terus kuat tatkala kesakitan datang menyerang.. 





Sunday, August 21, 2011

~ Raya Oh Raya ~

Hari ini sudah 21 hari kita berpuasa.. bermakna lagi 5 hari jer lagi aku dan encik suami akan balik kampung.. tahun ini giliran rumah aku dulu.. INSYAALLAH sampai pagi raya ketiga aku dan encik suami berada di kampungku, Kuala Kangsar.. INSYAALLAH pagi raya ketiga, aku dan encik suami akan bertukar destinasi.. samada balik ke Johor, rumah datuk encik suami.. ataupun balik ke Pahang, rumah mertuaku.. inilah rutin yang telah aku dan encik suami amalkan sepanjang 11 tahun kami hidup berdua.. sepakat mengamalkan sistem giliran.. dan sepakat untuk menyambut raya di kedua-dua belah keluarga setiap tahun.. 

INSYAALLAH juga, tahun nie keluargaku buat open house pada hari raya kedua.. So, untuk saudara-maraku dan kekawan yang mungkin membaca blog aku, jemputlah ke teratak ibuku di kampung raya kedua nanti.. 

NOTA :- SELAMAT HARI RAYA dan BERHATI-HATI DI JALAN RAYA 
            ketika kalian pulang ke kampung halaman.. Semoga 
            sampai ke destinasi  yang dituju dengan SELAMAT!!

Wednesday, July 6, 2011

~ Sakit Tekak ~

Arrrrghhhh.. Sakit tekak.. Dah hampir seminggu.. Dah macam-macam buat.. Makan strepsils.. Minum air masak bebanyak.. Makan ubat hisap yang doktor kasi.. Namun tak sembuh-sembuh lagi.. Harap-harap akan hilang sebelum jumaat nie..  Doakan yer rakan-rakan silent reader mahupun followers.. Hehehehehehe.. 

NOTA :- Macam la ramai silent reader.. yer tak.. apa pun moga dengan
            doa kalian sakit tekak nie akan hilang segera..





Tuesday, June 14, 2011

~ bergegar seketika ~

Arrggggghhh.. sakit kepala.. gara-gara officeku bergegar sebentar tadi.. semua kerana gempa di Indonesia. Pening juga la.. sampai sekarang terasa pening dan sakit kepala.. Mula-mula tak tahu juga, officeku bergegar.. Ingatkan tatkala terjadi, mungkin kepala aku sakit.. Almaklum la tanpa notis, tetiba jer meja dan komputer bergoyang..  Dalam hatiku, takkan la kepala aku sakit lagi.. Sebab aku pernah alami suasana sama, tatkala selepas pulih dari kecederaan gara-gara accident motor dahulu.. Namun, rupa-rupanya ada gegaran di Malaysia..

Nota :- Kepalaku masih sakit lagi!!!..

Wednesday, June 8, 2011

~ Selamat Hari Lahir ~


Hari ini 8 Jun 2011, hari lahir encik suami... Oleh kerana  hari ini, hari lahir encik suami... Jadi aku dedikasikan entry  ini khas untuk encik suami... 

Untuk encik suami tercinta.. Selamat hari lahir.. Moga panjang umur.. Moga sentiasa dimurahkan rezeki.. Moga hidup dilindungi, dipelihara dan diberkati ALLAH.. 

Thursday, May 26, 2011

~ Setahun Sudah : Memori Terindah ~




Detik 26 Mei 2010, tarikh yang tidak pernah aku lupakan. Berkesempatan menjadi tetamu ALLAH adalah detik terindah dalam hidupku. Hingga kini, masih terakam segala kenangan indah tatkala berpeluang mengerjakan umrah bersama encik suami, ibu, along dan wan chik. Doaku selalu agar dijemput kembali menjadi tetamuNYA andai diizinkan olehNYA kerana aku menyedari jemputan menunaikan UMRAH mahupun HAJI adalah jemputan dariNYA.  


Nota : -  Gambar di atas antara gambar-gambar kenangan yang
             dirakamkan oleh lensa kamera encik suami tatkala
             berada di dalam BAITULLAH.

Sunday, May 15, 2011

~ Terima Kasih ANIS ~

~ pemberian dari ANIS ~

Last week, encik suami pulang kerja bawa sedikit hadiah dari Anis... Hadiah dari Makkah.. Almaklum la Anis baru balik dari umrah... Teruja terima hadiah dari Anis.. Terkenang-kenang dan teringat-ingat kenangan umrah bersama encik suami, mak, along dan makcik aku last year... Bak kata orang bukan senang untuk pergi dan bukan susah juga untuk pergi... Yang penting mengerjakan umrah mahupun haji adalah atas jemputan ALLAH... Andai duit setinggi gunung pun, andai ALLAH tidak mengizinkan, andai ALLAH tidak menjemput, kita tetap tak berpeluang mengunjungi rumah ALLAH, BAITULLAH... Begitu juga sebaliknya andai kewangan tidak mengizinkan, namun jika dijemput ALLAH menjadi tetamuNYA.. pasti dipermudahkan...