Wednesday, April 11, 2012

Goyang Oh Goyang

Hari nie first day aku dan member-member officeku check-in di Hotel Hydro, Penang untuk Bengkel Sumber Daya Insani anjuran officeku.. Tatkala sampai dan mendaftar di Hotel Hydro cuaca amat baik.. Namun, tatkala sedang melepak bersama dengan memberku di dalam bilik, tiba-tiba kami terasa bangunan bergoyang.. agak lama la juga..ingatkan aku dan memberku saja yang rasa.. rupanya member-member officeku di bilik lain pun terasa.. khusyuk dan sabar kami menunggu berita.. tatkala berita disiarkan, barulah kami tahu Sumatera Utara dilanda gempa.. patutlah terasa bergoyang.. first time dalam situasi ini.. pelbagai rasa ada..

Akhirnya, demi keselamatan.. aku dan member-member officeku menginap semalaman di Hotel Vistana, Pulau Pinang.. sementara menunggu amaran tsunami di tarik semula.. sehelai sepinggang kami semua berkampung dan berkelana di Hotel Vistana.. apa-apa pun keselamatan lebih penting.. biarpun sehelai sepinggang, asalkan kami semua selamat.. itu lebih penting..


No comments: