Showing posts with label Koleksi Buku. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Buku. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

~ KoLeKSi BuKu : PeSTa BuKu AnTaRaBaNGSa KuaLa LuMPuR 2013 ~

~ Hasil Jalan-Jalan Cari Buku Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ~

Salam hari pekerja buat kalian semua.. pembaca tegar, pengikut setia mahupun pembaca senyap yang membaca blog aku.. hah dah alang-alang bercuti sempena hari pekerja yang disambut hari ini.. maka aku dan encik suami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan cari buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang diadakan di PWTC.. sebenarnya kalau ikut perancangan last week lagi aku nak pergi.. namun last minute rancangan dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan di Muar, Johor..

Nak pergi hujung minggu nie pula.. tak boleh juga.. dek kerana aku dan encik suami balik ke kampung masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.. chewah.. apa lagi mengundi ler.. maka, hari ini jer la hari yang sesuai untuk aku menghabiskan masa jalan-jalan cari buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013..

Ingatkan tak ramailah orang hari ini.. pergi-pergi.. apa nak dikata, ramai gila orang.. nak jalan pun bersesak-sesak.. apa lagi nak membaca sinopsis, memilih dan membeli buku.. belum ditambah lagi kepanasan gara-gara kepadatan manusia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.. 

Akhirnya, aku sambar jer buku-buku di atas.. selain buku sekolah untuk anak-anak buah aku.. hah inilah koleksi buku terkini aku.. buku Anekdot Madinah dan  Aroma Antara Benua tu memang aku nanti-nantikan.. almaklum la sebelum nie aku kan pengikut senyap blog penulis buku terbabit.. hehehhe.. novel Pelangi Cinta Buat Suami karya tulisan Acik Lana aku dah ikuti di blog Acik Lana lagi.. hah paling best karya tulisan Aina Emir siap ada autograf Aina Emir lagi.. novel-novel Aina Emir memang aku ikut dari dulu lagi.. alang-alang dah jalan-jalan cari buku, aku pun belilah novel beliau.. apa lagi bila diberitahu, itu adalah novel terbaru dari beliau.. hah, kalau korang nak tahu, kalau ikut banyak lagi nak beli.. tapi dek kerana kesesakan @ kepadatan manusia di PWTC.. maka aku simpankan jer hasrat terpendam ku itu ke tahun hadapan.. 


NOTA :-  Kalau korang ulat buku, jangan lepaskan peluang jalan-jalan
              cari buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013...
              rasanyer kalau nak selesa.. eloklah korang jalan-jalan cari
              buku di sini pada hari bekerja.. mestit tak sepadat, 
              semampat dan sesesak time hari cuti!!!
              


Monday, September 17, 2012

~ Koleksi Buku : Terkini ~



Jeng..jeng.. jeng.. dah lama tak membaca novel gara-gara sibuk.. sibuk dengan kerja dan sibuk dengan pelbagai lagi urusan.. namun, dua tiga hari lepas.. tatkala meronda-ronda di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur.. aku ajak encik suami singgah sebentar ke Minerva.. kononnya hanya nak membeli sebuah jer novel.. namun, akhirnya sampai tiga buah aku beli.. alang-alang cuti tiga hari nie, aku pun pulun la baca.. hehehe..

NOTA :- Novel ributnya cinta tu aku dah habis baca.. best dan tak 
            membosankan..

Sunday, April 15, 2012

~ Koleksi Buku : Terkini ~


Inilah koleksi novel terkini yang telah aku miliki dan baca.. kalau kalian ulat buku @ ulat novel, aku syorkan kalian untuk membeli dan memiliki novel-novel ini.. ketiga-tiga novel ini amat amat menarik dan best.. kiranya dari helaian pertama sampailah helaian terakhir, tiada istilah bosan atau boring.. 


Hah.. ini pula koleksi novel yang baru jer aku beli tadi.. tatkala keluar berjalan-berjalan di Kuala Lumpur.. pastinya antara destinasi yang wajib aku singgahi ialah Pustaka Minerva di Jalan Tar.. kebetulan pula, encik suami bakal outstation esok, so aku pun belilah novel-novel ini.. untuk dibaca tatkala encik suami tiada di rumah..  tak sabar pula untuk start membaca dan melayan jalan cerita kedua-dua novel ini.. 


Monday, March 26, 2012

~ Koleksi Buku : Beli Lagi ~



Jeng.. jeng.. jeng.. inilah koleksi terkini novel yang aku miliki.. semuanyer aku beli kat Minerva, Jalan TAR.. almaklum diskaun 20% punya pasal.. hah, novel Kan Ku Kejar Cinta Kamu dan Jodoh Milik Kita aku dah habis baca.. kalau korang kaki novel, aku syorkan beli la novel-novel nie.. tinggal novel Dari Milan Ke Maran, karya penulis tersohor Norhayati Berahim jer aku belum habis baca lagi.. hehehehehe...

NOTA :- Untuk kaki novel, beli jangan tak beli.. hehhee..

Sunday, October 9, 2011

~ Koleksi Buku : Menunggu Kereta Api & Aku Bukan Mistress ~


Menunggu Kereta Api dan Aku Bukan Mistress.. dua buah novel yang baru aku beli dan miliki.. Novel aku bukan mistress telah lama aku ikuti melalui blog penulisan aciklananovel.blogspot.com... almaklum ketika lapang, aku suka membaca e-novel, dan blog acik lana antara blog kesukaanku.. manakala, Norhayati Berahim antara penulis novel kesukaanku.. buku beliau pasti aku beli dan miliki..  dan kebetulan ketika ingin membeli novel aku bukan mistress, aku ternampak novel menunggu kereta api.. apabila aku amati, novel ini belum aku miliki lagi.. apa lagi aku pun sambar la satu.. hehehhehehehe...

NOTA :-  Kalau kalian kaki novel, belilah dekat minerva, Jalan Tar.. diskaun 20%..

Saturday, June 4, 2011

~ Novel baru lagi ~


Semalam aku dan encik suami ronda-ronda Jusco @ Balakong. Kononnya nak cari hadiah kahwin. Almaklum la bulan nie musim orang kahwin. Jemputan kahwin sentiasa ada setiap minggu. Alang-alang dah gi Jusco, aku pun singgahlah Kedai Buku Popular.  Dan alang-alang dah pegang novel, aku pun belilah buku-buku di atas.

Hah novel kasih yang suci tu, tak payah cerita sinopsis cerita pun, korang semua pasti tahu. Almaklum la sekarang nie demam Nora Elena. Tatkira la di mana-mana, pasti bercerita pasal drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3. Drama tv yang diadaptasi dari novel kasih yang suci karya meen zulaikha. Lepas jer beli, aku pun terus baca novel ini. Sekali dah start membaca, baru aku teringat rupanya novel ini pernah aku baca dulu kala, ala kala muda-muda. Hehehhe..

Hari nie aku nak pulun baca novel 7 hari mencintaiku. Tebal buku nie, 1044 mukasurat. Harap-harap boleh habis membaca sebelum start kerja isnin nie. Buku 7 hari mencintaiku antara buku yang 'best seller' ketika ini. Dan selalunya buku yang 'best seller', jalan ceritanya menarik. 

Nota :- Oklah aku stop dulu entry yer. Almaklum la nak baca novel.
            Selamat bercuti hujung minggu!!!!

Monday, April 25, 2011

~ Koleksi Buku : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ~


Inilah koleksi terkini novel yang aku miliki. Panas lagi. Almaklumla baru beli. Puas jugalah pujuk encik suami pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 sabtu hari tu. Kalau ikutkan banyak lagi nak beli, tapi biasa la ramai orang. Jadi ini saja yang sempat aku sambar, tangkap dan beli. Selain itu, aku beli juga buku untuk anak buahku. Percaya tak korang buku untuk anak buahku itu satu RM1.00 sahaja. Murah beb!!!!

Nota :- Bagi mereka yang ulat buku dan kaki novel, tak rugi pergi
             Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Pergilah sebelum
            tarikh tamat pada 1 Mei 2011 ini. Bebaloi-baloi. Hehehhee...

Tuesday, December 14, 2010

~ Koleksi Buku : 1 Hari 1 Resipi ~

~ 1 Resipi 365 Hari ~
Ini koleksi buku  terbaru yang aku miliki. Hampir dua bulan aku beli buku nie. Ketika tu, baru berada di pasaran. Puas jugalah aku cari di kedai-kedai buku. Rupanya hanya ekslusif ada di Kedai Buku Popular sahaja. Harga sebuah buku nie ialah RM39.90. Tapi kalau korang ahli Kedai Buku Popular, korang akan dapat diskaun 25%. Banyak jugalah diskaun tu, berbanding masa aku mula-mula beli buku nie dengan  Shida, kami dapat diskaun 10% jer untuk ahli Kedai Buku Popular. 

Sesekali kalau datang time rajin memasak, mesti aku buka dan cuba resepi yang terdapat dalam buku nie. Resepi dalam buku nie agak mudah dan simple. Aku dah cuba hampir 10 resepi dalam buku nie, tak kira la resepi puding mahupun mee dan lain-lain lagi. Semuanya berjaya dan menjadi.

Penulis buku ini adalah seorang blogger. Selain dari blog Mat Gebu, blog Chef Hanieliza antara blog yang rajin aku follow dan baca. Ingatkan aku seorang jer yang silent reader baca blog diaorg, rupanya member-member office aku pun rajin juga baca. Tak hairanlah ramai yang kirim dekat aku untuk beli buku nie. Almaklum la buku nie ekslusif di Kedai Buku Popular sahaja dan aku pula ahli. Dapat la beli dengan harga ahli. Tapi aku tak kisah pun tolong belikan, demi kawan-kawan dan dapat pahala. Hehehe..

Nota :- Hari khamis nie nak pergi beli buku nie untuk member-member office. 
           Nak beli  untuk kak mahani, su, kak rubi, kak nahisham dan kak lin.

Thursday, November 25, 2010

~ Koleksi Buku ~

~ Sebahagian koleksi novel milikku ~
~Milikku jua ~ 

Inilah antara koleksi novel yang aku miliki. Percaya tak kalian, kalau aku katakan satu hari aku boleh habis membaca sebuah novel yang mengandungi 600 helaian mukasurat. Semuanya kerana minat dan gila membaca. Hobi yang bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sudah berkahwin. Kadang-kadang husbandku mesti bising. Ialah bila sudah khusyuk membaca, mesti perbualannya tidak ku layan. Hehehehe...

Selalunya kalau datang time gila membaca novel, hari sabtu mesti aku pergi Kedai Minerva di Jalan Tar untuk membeli novel. Untungnya kalau beli di sini dapat diskaun 20%. Itu yang aku suka tu berbanding beli di MPH mahupun Popular, diskaun untuk ahli hanya 10%. Sekali beli mesti sampai 2 @ 3 buah, tambah-tambah kalau time husbandku outstation.

Aku tahu tidak semua orang suka membaca novel, tambah lagi dah kahwin. Namun percayalah setiap novel yang aku baca, punyai pengajaran sendiri. Ianya bukan hanya karya picisan, ayat klise yang biasa disebut oleh mereka yang allergic membaca novel. Sebenarnya bagi aku, membaca novel mampu hilangkan tension@ stress. Kalau tak percaya, cubalah kalian praktikkkan. 

~ Koleksi buku ilmiah@agama ~

~ Milikku jua ~ 

Ini pula sebahagian buku ilmiah@ agama yang kerapkali jadi sumber rujukan aku. Hah mesti kalian ingat aku hanya baca novel sahajakan. Aku boleh baca apa saja. Asalkan ianya buku, dpt menarik perhatian aku ketika membaca tajuk, pasti aku beli. Selalunya buku ilmiah@agama agak berat. Membacanya perlukan tumpuan. Jadi aku membaca buku-buku ini time otak aku kosong, time tiada apa di fikiranku, supaya mudah untuk aku fahami.   


Nota : - Mata aku dah bagi signal. Signal untuk tidur. Jadi aku
            tinggalkan entry ini  dengan kata-kata hikmah MEMBACA
            AMALAN MULIA. 


    





Monday, November 22, 2010

~Koleksi Buku : Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman ~


Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman antara koleksi buku milik aku. Karya ikhlas hasil penulisan Profesor Dr Muhd Kamil ini merakamkan detik-detik bersejarah pengembaraan rohani dan jasmani beliau sebelum, semasa dan selepas menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun 2006. Buku 'motivasi dakwah' ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat tak kira la anda golongan profesional mahupun buruh kasar. Aku sendiri terpikat untuk memiliki dan membacanya setelah diperkenalkan oleh member office. Ternyata, setelah membacanya harusku akui, buku ini antara buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. 

Kalau kalian suka membaca, aku syorkan belilah satu dan bacalah buku ini. Aku percaya membaca buku ini sedikit sebanyak dapat mengubah pandangan dan mungkin juga sempadan iman kita. Mengubah kita untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.