Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching, Sarawak [Part 2]



Bak lagu dan irama.. bak aur dan tebing.. begitulah Sarawak dan terubuk masin.. tidak dapat dipisahkan.. aku pasti setiap pelawat@pelancong yang datang ke Sarawak, sudah tentu membeli terubuk masin sebagai ole-ole untuk dibawa pulang..

Setiap pelawat@pelancong yang datang ke Sarawak, sudah pasti pergi ke Pasar Satok untuk membeli terubuk masin.. Namun, aku dan encik suami sebaliknya.. Kami memborong terubuk masin di Kampung Boyan sahaja tatkala singgah sebentar membeli kek lapis di Mira Cake House.. Almaklum la harga terubuk masin yang dijual di sini lebih kurang sama jer dengan yang dijual di Pasar Satok.. Alang-alang dah ada di depan mata, aku dan encik suami beli jer dekat sini.. Jimat masa kiranya..

Jangan risau ketika membeli terubuk masin ini.. Peniaga-peniaga di sini akan membungkus terubuk masin anda elok-elok dan cantik-cantik di dalam kotak.. Dibungkus dan dilabelkan.. Siap dibuat tempat pemegang lagi untuk anda hand luggage ketika naik flight..

So, apa lagi.. Jika kalian bercuti ke Sarawak.. Pastikan terubuk masin adalah antara ole-ole yang dibawa pulang.. Dipotong kecil-kecil, digoreng bersama bawang besar dan cili.. pasti sedap tatkala menjamu selera.. Hehehehe..


Saturday, November 17, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching, Sarawak [Part 1]

~ Mira Cake House @ Kampung Boyan, Kuching, Sarawak ~

~ rasa dahulu sebelum membeli ~

~ pelbagai jenis kek lapis di Mira Cake House.. satu hanya RM 10 ~

~ sedap kek lapis nie ~

Awal november baru-baru ini.. aku, encik suami, mak dan bapa mertuaku serta adik iparku telah terbang ke Kuching, Sarawak.. percutian yang telah lama aku dan encik suami rancang.. tapi kami tersilap.. pergi ke Kuching, Sarawak tatkala hari bekerja.. iaitu isnin sampai rabu.. dah semestinya kami terlepas untuk shopping di Pasar Sarikei.. destinasi beli-belah yang wajib dikunjungi dan  hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja.. namun, kekecewaan kami terubat juga.. tatkala melihat pelbagai kek lapis yang terjual di Kampung Boyan, Kuching.. Kampung Boyan terkenal dengan kek lapis.. paling terkenal sudah semestinya Kek Lapis Dayang Salhah.. namun, berbanding kek lapis jenama Dayang Salhah, tekak aku lebih menyukai kek lapis jenama Mira Cake House..

So kalau kalian melancong ke Kuching, Sarawak..  jangan lupa ke Kampung Boyan.. membeli kek lapis untuk di bawa pulang.. senang jer untuk ke sini.. dari Kuching Waterfront kalian naik jer bot kecik dengan tambang semurah RM0.50 jer untuk ke Jeti Kampung Boyan.. dari Jeti Kampung Boyan kalian boleh nampak dah Mira Cake House..

Selain menaiki bot kecik meredah Sungai Sarawak.. Kampung Boyan juga boleh dikunjungi dengan menaiki  kenderaan.. jangan risau tersesat.. gunakan gps.. semestinya sampai.. macam aku dan encik suami, first time gi ke Kampung Boyan.. kami redah jer berpandukan gps.. sampai juga ke Kampung Boyan nie..

Rambang mata melihat pelbagai nama dan rupa kek lapis di Mira Cake House.. paling best gila mencuba dan merasai keenakan kek lapis di sini.. berbanding harga di Semenanjung, kek lapis di sini lebih murah..  satu hanya dijual dengan harga RM10 sahaja.. paling best di Mira Cake House.. sekiranya kalian membeli 10 jenis kek lapis, kalian akan diberi percuma 1 kek lapis.. hah, apa lagi.. sakanlah kami memborang kek lapis.. untuk dimakan dan dibawa pulang sebagai ole-ole.. hehehhe..

NOTA :- opss sebelum membeli pastikan korang merasai kek lapis 
              di gerai lain..kerana setiap orang berbeza citarasa.. dan 
              belilah mengikut citarasa kalian.. paling terkenal di 
              Kampung Boyan ini ialah Kek Lapis Dayang Salhah..




Sunday, September 25, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Sabah [Part 2]



Inilah panorama indah yang lensa kameraku rakamkan tatkala sampai di Taman Kinabalu.. terletak di Kundasang, Sabah.. perjalanan ke sini mengambil masa hampir tiga jam.. namun perjalanan ini tidak kami rasai dek melayan keindahan panorama alam sepanjang laluan ke Taman Kinabalu.. dihembus angin sejuk terasa damai mempesonakan menyaksikan keindahan alam ciptaan ALLAH.. 

Taman Kinabalu adalah destinasi kedua yang kami lawati tatkala bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.. bergerak seawal 7.00 pagi dari Kota Kinabalu, Sabah.. perjalanan kami terasa damai dan tenang sambil sesekali membuka tingkap kereta untuk merasai hembusan angin di sepanjang laluan.. kalian hanya perlu membayar RM3.00 seorang untuk melawat Taman Kinabalu.. yang pasti mata pasti terpegun melihat kecantikan flora di sini.. untuk makluman, sekiranya kalian berhasrat mendaki Gunung Kinabalu, kalian perlu mendaftar selama setahun sebelum mendaki.. itulah yang diberitahu kepada kami, oleh petugas-petugas Taman Kinabalu.. 

NOTA :- Opsss.. laluan ke Taman Kinabalu ini bak laluan Simpang  Pulai
              ke Cameron Highlands.. atau bak kata orang bak laluan 
              ular kena palu.. hehehe...


Sunday, September 18, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia ; Sabah [Part 1]




Minggu nie aku bercuti seminggu.. Semuanya kerana perancangan awal aku dan encik suami untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah bersama ibu & bapa mertuaku beserta adik iparku.. Hah gambar di atas adalah antara gambar yang lensa kameraku rakamkan ketika berada di Pulau Manukan, Sabah..

Kalau korang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.. Pastikan Pulau Manukan antara destinasi wajib yang korang lawati.. Hanya mengambil masa 20 minit menaiki bot laju dari Jesselton Point Ferry Terminal.. Destinasi ini antara destinasi paling sesuai untuk seisi keluarga.. Dek kerana kejernihan dan hidupan lautnya, tak hairanlah ramai pelancong suka snorkelling di Pulau Manukan.. Malah encik suami dan adik iparku sendiri tidak melepaskan peluang untuk snorkelling di pulau ini.. Hehehhee..

Untuk ke sini, pastikan kalian membeli tiket bot laju.. Terdapat banyak kaunter bot laju di Jesselton Point Ferry Terminal.. Pilih saja yang berkenan di hati.. Bagi aku dan encik suami, kami  memilih kaunter Aparu Holidays dan membayar RM17.00 seorang bagi pengangkutan pergi dan balik ke Pulau Manukan. 

NOTA :- First time naik bot laju.. Sesekali gayat juga tatkala bot 
              dilanda  ombak..  Namun, semuanya hilang tatkala mata 
             terpukau  melihat keindahan alam di Pulau Manukan.. 

Monday, June 27, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kompleks Muzium Maritim, Melaka ~

~ harga tiket RM3 [dewasa] dan RM1 [kanak-kanak] ~

~ antara replika patung yang terdapat di dalam Kompleks Muzium Maritim, Melaka ~

~ lagi replika patung ~

~ koleksi model kapal ~

~ model kapal lagi ~

~ bilik kapten kapal ~
Inilah destinasi pertama aku, encik suami and the gang tatkala menghadiri Hari Keluarga officeku di Melaka lewat seminggu yang lalu. Sebenarnya aku dan encik suami gi konvoi tiga buah kereta. Kami bertolak awal pagi, kononnya nak meronda dahulu. Sempatlah juga merasa asam pedas di Bandar Hilir, Melaka. Sebelum singgah makan, kami  melawat Kompleks Muzium Maritim nie dulu. First time masuk kompleks muzium nie. Sebelum nie, aku dan encik suami hanya singgah untuk tangkap gambar sahaja tatkala datang ke Melaka. Hehehe..

NOTA :- Kompleks Muzium Maritim ini memaparkan sejarah maritim 
            zaman dahulu. Sangat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. 
            Sambil menghayati keindahan dan kecantikan muzium ini, 
            secara tak langsung kita juga dapat menghayati sejarah bangsa 
            di zaman dahulu.

Wednesday, June 15, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Hutan Lipur Ulu Kenas


~ Hutan Lipur Ulu Kenas @ Kuala Kangsar, Perak ~

~ udang dan sotong bakar antara menu yang sentiasa menjadi pilihan kami ~

~ talapia bakar, menu wajib yang menjadi pilihan emak ~


~ syikin, ija dan balqis melepas gian bermain pasir.. membina istana pasir ~

~ abang ipar aku sedang melayan anak-anak buahku mandi ~
Inilah aktiviti aku dan encik suami tatkala balik kampungku di Kuala Kangsar hujung minggu lepas. Balik kampung pun tidak dirancang. Maka aktiviti ini pun tidak dirancang awal. Namun, walau tidak dirancang awal, aktiviti berjalan lancar, walaupun pada mulanya cuaca tidak ceria. Tapi kami tetap tawakal.

Sebelum pergi, pagi-pagi kakakku dah pergi pasar. Membeli udang, sotong dan ikan untuk dibuat bakar. Almaklum la tak seronok kalau hanya pergi untuk mandi-manda saja.  Puas jugalah kami makan dan meratah udang, sotong dan ikan bakar. Dan puas jugalah kami bermandi-manda. Paling puas semestinya anak-anak buahku, dapat bermain pasir dan bermandi-manda. Mula-mula takut-takut nak mandi, sekali dah mandi tak nak naik dah anak-anak buahku. Hehehe...

NOTA :- Hutan lipur Ulu Kenas terletak di Kuala Kangsar, Perak.
            Kawasan perkelahan ini antara kawasan yang belum
            tercemar. Airnya sejuk dan dingin. Sesuai dikunjungi
            dan antara destinasi yang sesuai untuk bermandi-
            manda sambil beristirehat bersama keluarga.

Wednesday, May 4, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Tasik Raban, Perak ~

~ view Tasik Raban dari Resort Tasik Raban ~

~ Tenang dan mendamaikan ~

~ kehijauan dan keindahan alam ~

~ model-model kecik yang teruja bergambar ~

Cer lihat,  cer lihat gambar nie. Damai dan tenangkan. Lensa kamera handphone aku sempat rakamkan gambar ini tatkala pulang lunch dari Restoran Tasik Raban baru-baru nie. Selalu kalau balik kampung dan pergi lunch kat Restoran Tasik Raban, mesti lalu Tasik Raban. Tapi tak pernah singgah. Balik kampung baru nie, husband aku ajak singgah dekat Resort Tasik Raban. Kononnya nak tunjuk dan bagi makan ikan-ikan di tasik tu. Almaklum la anak-anak buah aku suka kalau bab tengok dan bagi ikan makan nie. Hehehehe...  

Nota :- Hah kalau korang kaki pancing, tempat nie sesuai untuk
           korang. Time aku gi hari tu, ada jer kaki pancing sedang
           memancing ikan. Sambil memancing sambil melihat dan
           menikmati panorama Tasik Raban. 

Friday, March 18, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Muzium Arkeologi Lenggong ~

~ Aktiviti yang tak dirancang, maka baju kakak dan anak buahku pun tak mengancam ~

~ Perak Man ~

~ Kad Pengenalan Perak Man ~




~ antara cenderamata yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan ~

Muzium Arkeologi Lenggong, walaupun terletak di Lenggong, first time aku kunjungi dan lawati ketika pulang ke kampung minggu nie. Sebenarnya muzium ini tiada dalam kalendar cutiku. Semuanya kebetulan bak kata orang last minit punya rancangan. Semuanya gara-gara lunch di Restoran Tasik Raban. Dan kebetulan aku dan keluarga tidak pernah lagi sampai ke muzium ini, maka adikku pun mengajak kami untuk singgah sebentar.

Apa pun, bagi mereka yang kaki sejarah dan suka menghayati sejarah, muzium ini sangat sesuai dilawati. Di sini dipamerkan artifak sejarah Perak Man dan pelbagai lagi. Hehehehe..

Nota :- Apa lagi, bagi mereka yang bergelar anak Perak amnya dan
           anak Lenggong @ Kuala Kangsar khasnya jangan lupa singgah-
           singgahlah ke Muzium Arkeologi Lenggong ini.  Hehehe..

Thursday, February 10, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Terengganu [Part 3]

~ Mosque of Mohamed Ali, Egypt ~

~ Great Mosque of Qairawan, Tunisia ~

~ Suleyman Mosque, Turkey ~

~ Great Mosque of Agadez, Niger ~

~ Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia ~

~ Kalyan Minaret, Uzbekistan ~

Hah inilah antara monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam. Terdapat 21 buah monumen Islam yang hebat di taman ini. Melawat Taman Tamadun Islam ini sekaligus akan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global dan sofistikated.

Jika kalian datang ke Terengganu, jangan lupa untuk mengunjungi taman ini. Tiket masuk untuk lawatan kali pertama ke taman ini ialah RM25.00 seorang. Namun jika anda warganegara Malaysia, tunjukkan saja 'My Kad" anda di kaunter tiket sekaligus anda layak mendapat potongan RM10.00 untuk tiket masuk. Pasport taman monumen ini valid/laku untuk tempoh setahun. JIka anda melawat taman ini untuk kali kedua dan ketiga, anda akan mendapat keistimewaan percuma tram ride atau bicycle ride dan diskaun 30% untuk sewa buggy.

Berbanding kunjungan aku kali pertama dahulu, aku perhatikan terdapat tambahan replika dan mainan untuk kanak-kanak. Sekaligus menjadikan taman ini sesuai untuk riadah seisi keluarga di waktu petang mahupun cuti sekolah. So, jangan lupa masukkan taman ini sebagai lokasi yang akan anda kunjungi di masa depan. Hehehhe...

Tuesday, February 8, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Terengganu [Part 2] ~

~ TTI River Cruise ~


TTI River Cruise ini aku naiki ketika bercuti di Kuala Terengganu. Berbaloi menaiki TTI  River Cruise ini kerana sepanjang perjalanan kami diberi penerangan oleh pemandu pelancong di atas river cruise ini. Tabik spring aku pada penerangan pemandu pelancong yang padat dengan info dan maklumat persekitaran. Apa yang paling menarik sepanjang perjalanan, kalian akan disajikan dengan kedamaian dan ketenangan perkampungan nelayan. Malah, terasa segar menyusuri Sungai Terengganu sambil menghirup angin dan udara segar.

Harga tiket untuk menaiki river cruise ini hanyalah RM10.00 untuk orang dewasa. Pada aku harga ini amat berbaloi untuk perjalanan yang mengambil masa 45 minit dengan diberi penerangan yang superb oleh pemandu pelancong TTI River Cruise. Malah, tidak perlu risau lapar mahupun dahaga, kerana minuman dan makanan dijual di atas river cruise ini.

Gambar-gambar di bawah adalah pemandangan yang sempat aku rakamkan dari TTI River Cruise. Bermula dengan pemandangan Taman Tamadun Islam dari Sungai Terengganu dan diakhiri dengan pemandangan Masjid Kristal. Namun masih banyak lagi pemandangan yang cantik tidak sempat aku rakam gara-gara kehabisan bateri. 
~ Taman Tamadun Islam ~
~ First time tengok pokok nipah ~

~ Bot nelayan di tebing Sungai Terengganu ~
~ Antara salah sebuah rumah yang cantik terdapat di
tepi Sungai Terengganu ~
~ Satu  lagi rumah yang memikat mata kami.  Dikatakan
 salah sebuah rumah ini adalah kepunyaan Dato' Khalid
atau orang  Terengganu  gelar  Dato' K.  Tapi  jangan
 tertipu,   beliau   bukanlah  Dato' K,  suami  penyanyi
terkenal   Dato'  Siti  Nurhaliza.    Sebaliknya   adalah
 seorang  tukang  kapal  yang  terkenal  di  Terengganu
 dan kini berusia 70 tahun ke atas ~                            
~ Bot nelayan  yang baru siap dan  hendak didaftarkan.
  Kesemua bot nelayan di Sungai Terengganu berwarna
 hijau.  Ada 3 kategori bot nelayan ini,  iaitu kategori
 A, B dan C.  ~                                                         
~ Kapal ini ditempah dari Abu Dhabi untuk digunakan
 bagi aktiviti perikanan laut dalam ~                      
~ Masjid Kristal ~


NOTA :- So apa lagi, jika kalian berkesempatan bercuti ke Kuala
             Terengganu, jangan lupa menaiki TTI River Cruise ini.
             Hehehehe..

Sunday, February 6, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Terengganu [Part 1]~





Cantik bukan Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini. Inilah tempat pertama yang aku dan keluarga mertuaku kunjungi ketika bercuti di Kuala Terengganu. Terpegun aku melihat bangunan ini. Kagum dengan senibina dan rekaannya yang pada pandangan aku superb. Hehehehe...

Nota :- Aku upload gambar ini dulu untuk kalian. Almaklum la masih
           mood penat. Meredah traffic jam pulang ke KL. Tunggukan
           saja entry aku akan datang, pasti ada sambungan cuti-cuti
           Malaysia di Kuala Terengganu.