Thursday, February 10, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Terengganu [Part 3]

~ Mosque of Mohamed Ali, Egypt ~

~ Great Mosque of Qairawan, Tunisia ~

~ Suleyman Mosque, Turkey ~

~ Great Mosque of Agadez, Niger ~

~ Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia ~

~ Kalyan Minaret, Uzbekistan ~

Hah inilah antara monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam. Terdapat 21 buah monumen Islam yang hebat di taman ini. Melawat Taman Tamadun Islam ini sekaligus akan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global dan sofistikated.

Jika kalian datang ke Terengganu, jangan lupa untuk mengunjungi taman ini. Tiket masuk untuk lawatan kali pertama ke taman ini ialah RM25.00 seorang. Namun jika anda warganegara Malaysia, tunjukkan saja 'My Kad" anda di kaunter tiket sekaligus anda layak mendapat potongan RM10.00 untuk tiket masuk. Pasport taman monumen ini valid/laku untuk tempoh setahun. JIka anda melawat taman ini untuk kali kedua dan ketiga, anda akan mendapat keistimewaan percuma tram ride atau bicycle ride dan diskaun 30% untuk sewa buggy.

Berbanding kunjungan aku kali pertama dahulu, aku perhatikan terdapat tambahan replika dan mainan untuk kanak-kanak. Sekaligus menjadikan taman ini sesuai untuk riadah seisi keluarga di waktu petang mahupun cuti sekolah. So, jangan lupa masukkan taman ini sebagai lokasi yang akan anda kunjungi di masa depan. Hehehhe...

No comments: