~ Murtabak daging biasa = RM 6.00 ~
Dah lama nak pergi Restoran Murtabak Mengkasar ini. Teringin untuk merasai keenakan murtabak restoran ini gara-gara melihat rancangan jalan-jalan cari makan di tv3. Kebetulan pergi rumah kakak aku di Setiawangsa, aku dan husband serta adikku terus ke restoran nie.
Kesimpulannya, pada aku murtabak di restoran ini hanya biasa-biasa saja. Boleh juga dikatakan sedap lagi murtabak yang dijual di kampung halamanku, kuala kangsar. Namun begitu, bak kata suamiku murtabak di restoran ini tiada bawang, berbanding di Kuala Kangsar. Walaupun harganya agak mahal, tapi sepinggan murtabak ini boleh dimakan oleh dua mahupun tiga orang.
Kalau korang berminat untuk merasai murtabak mengkasar, resepi turun temurun dari Pekan, Pahang jangan lupa untuk ke Medan Niaga Rampai. Tidak perlu memandu kereta ke Pekan, Pahang tapi cukup hanya ke Medan Niaga Rampai, cawangan restoran ini di Kuala Lumpur. Selamat mencuba!!!!
Nota : - Restoran Murtabak Mengkasar
12-A, Jalan Rampai Niaga 4
Medan Niaga Rampai
53300 Kuala Lumpur
No. H/P : 017-2035640 / 012-6049284
No comments:
Post a Comment