~ TTI River Cruise ~
TTI River Cruise ini aku naiki ketika bercuti di Kuala Terengganu. Berbaloi menaiki TTI River Cruise ini kerana sepanjang perjalanan kami diberi penerangan oleh pemandu pelancong di atas river cruise ini. Tabik spring aku pada penerangan pemandu pelancong yang padat dengan info dan maklumat persekitaran. Apa yang paling menarik sepanjang perjalanan, kalian akan disajikan dengan kedamaian dan ketenangan perkampungan nelayan. Malah, terasa segar menyusuri Sungai Terengganu sambil menghirup angin dan udara segar.
Harga tiket untuk menaiki river cruise ini hanyalah RM10.00 untuk orang dewasa. Pada aku harga ini amat berbaloi untuk perjalanan yang mengambil masa 45 minit dengan diberi penerangan yang superb oleh pemandu pelancong TTI River Cruise. Malah, tidak perlu risau lapar mahupun dahaga, kerana minuman dan makanan dijual di atas river cruise ini.
Gambar-gambar di bawah adalah pemandangan yang sempat aku rakamkan dari TTI River Cruise. Bermula dengan pemandangan Taman Tamadun Islam dari Sungai Terengganu dan diakhiri dengan pemandangan Masjid Kristal. Namun masih banyak lagi pemandangan yang cantik tidak sempat aku rakam gara-gara kehabisan bateri. ~ Taman Tamadun Islam ~
~ First time tengok pokok nipah ~
~ Bot nelayan di tebing Sungai Terengganu ~
~ Antara salah sebuah rumah yang cantik terdapat di
tepi Sungai Terengganu ~
~ Satu lagi rumah yang memikat mata kami. Dikatakan
salah sebuah rumah ini adalah kepunyaan Dato' Khalid
atau orang Terengganu gelar Dato' K. Tapi jangan
tertipu, beliau bukanlah Dato' K, suami penyanyi
terkenal Dato' Siti Nurhaliza. Sebaliknya adalah
seorang tukang kapal yang terkenal di Terengganu
dan kini berusia 70 tahun ke atas ~
~ Bot nelayan yang baru siap dan hendak didaftarkan. Kesemua bot nelayan di Sungai Terengganu berwarna hijau. Ada 3 kategori bot nelayan ini, iaitu kategori A, B dan C. ~ ~ Kapal ini ditempah dari Abu Dhabi untuk digunakan
bagi aktiviti perikanan laut dalam ~
NOTA :- So apa lagi, jika kalian berkesempatan bercuti ke Kuala
Terengganu, jangan lupa menaiki TTI River Cruise ini.
Hehehehe..
|
No comments:
Post a Comment