Wednesday, June 15, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Hutan Lipur Ulu Kenas


~ Hutan Lipur Ulu Kenas @ Kuala Kangsar, Perak ~

~ udang dan sotong bakar antara menu yang sentiasa menjadi pilihan kami ~

~ talapia bakar, menu wajib yang menjadi pilihan emak ~


~ syikin, ija dan balqis melepas gian bermain pasir.. membina istana pasir ~

~ abang ipar aku sedang melayan anak-anak buahku mandi ~
Inilah aktiviti aku dan encik suami tatkala balik kampungku di Kuala Kangsar hujung minggu lepas. Balik kampung pun tidak dirancang. Maka aktiviti ini pun tidak dirancang awal. Namun, walau tidak dirancang awal, aktiviti berjalan lancar, walaupun pada mulanya cuaca tidak ceria. Tapi kami tetap tawakal.

Sebelum pergi, pagi-pagi kakakku dah pergi pasar. Membeli udang, sotong dan ikan untuk dibuat bakar. Almaklum la tak seronok kalau hanya pergi untuk mandi-manda saja.  Puas jugalah kami makan dan meratah udang, sotong dan ikan bakar. Dan puas jugalah kami bermandi-manda. Paling puas semestinya anak-anak buahku, dapat bermain pasir dan bermandi-manda. Mula-mula takut-takut nak mandi, sekali dah mandi tak nak naik dah anak-anak buahku. Hehehe...

NOTA :- Hutan lipur Ulu Kenas terletak di Kuala Kangsar, Perak.
            Kawasan perkelahan ini antara kawasan yang belum
            tercemar. Airnya sejuk dan dingin. Sesuai dikunjungi
            dan antara destinasi yang sesuai untuk bermandi-
            manda sambil beristirehat bersama keluarga.

No comments: