Monday, June 27, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kompleks Muzium Maritim, Melaka ~

~ harga tiket RM3 [dewasa] dan RM1 [kanak-kanak] ~

~ antara replika patung yang terdapat di dalam Kompleks Muzium Maritim, Melaka ~

~ lagi replika patung ~

~ koleksi model kapal ~

~ model kapal lagi ~

~ bilik kapten kapal ~
Inilah destinasi pertama aku, encik suami and the gang tatkala menghadiri Hari Keluarga officeku di Melaka lewat seminggu yang lalu. Sebenarnya aku dan encik suami gi konvoi tiga buah kereta. Kami bertolak awal pagi, kononnya nak meronda dahulu. Sempatlah juga merasa asam pedas di Bandar Hilir, Melaka. Sebelum singgah makan, kami  melawat Kompleks Muzium Maritim nie dulu. First time masuk kompleks muzium nie. Sebelum nie, aku dan encik suami hanya singgah untuk tangkap gambar sahaja tatkala datang ke Melaka. Hehehe..

NOTA :- Kompleks Muzium Maritim ini memaparkan sejarah maritim 
            zaman dahulu. Sangat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. 
            Sambil menghayati keindahan dan kecantikan muzium ini, 
            secara tak langsung kita juga dapat menghayati sejarah bangsa 
            di zaman dahulu.

No comments: