Sunday, September 18, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia ; Sabah [Part 1]




Minggu nie aku bercuti seminggu.. Semuanya kerana perancangan awal aku dan encik suami untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah bersama ibu & bapa mertuaku beserta adik iparku.. Hah gambar di atas adalah antara gambar yang lensa kameraku rakamkan ketika berada di Pulau Manukan, Sabah..

Kalau korang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.. Pastikan Pulau Manukan antara destinasi wajib yang korang lawati.. Hanya mengambil masa 20 minit menaiki bot laju dari Jesselton Point Ferry Terminal.. Destinasi ini antara destinasi paling sesuai untuk seisi keluarga.. Dek kerana kejernihan dan hidupan lautnya, tak hairanlah ramai pelancong suka snorkelling di Pulau Manukan.. Malah encik suami dan adik iparku sendiri tidak melepaskan peluang untuk snorkelling di pulau ini.. Hehehhee..

Untuk ke sini, pastikan kalian membeli tiket bot laju.. Terdapat banyak kaunter bot laju di Jesselton Point Ferry Terminal.. Pilih saja yang berkenan di hati.. Bagi aku dan encik suami, kami  memilih kaunter Aparu Holidays dan membayar RM17.00 seorang bagi pengangkutan pergi dan balik ke Pulau Manukan. 

NOTA :- First time naik bot laju.. Sesekali gayat juga tatkala bot 
              dilanda  ombak..  Namun, semuanya hilang tatkala mata 
             terpukau  melihat keindahan alam di Pulau Manukan.. 

No comments: