Friday, September 23, 2011

~ SiKaP ~

Setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihannya.. Namun, tatkala ditegur kekurangan kita, maka berubahlah ke arah kebaikan.. Mungkin kita tidak mampu memenuhi target yang diletakkan oleh individu lain kepada kita.. Namun, apalah salahnya sekiranya kita berubah untuk orang terdekat dengan kita.. Sebagai contoh, mungkin berubah ke arah kebaikan, demi kerana member ofice kita.. Kita pasti mempunyai ego dan tahap kedegilan kita sendiri sebagai seorang individu.. Namun, apalah salahnya sekiranya ego itu ditolak ke tepi demi kerana kerjasama sepasukan dalam mana-mana organisasi pun.. bak kata orang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. bak aur dengan tebing.. kita perlu saling bantu-membantu demi melengkapi tugasan kita..

Kita mungkin fresh graduate namun itu bukanlah tiket kita perfect segala-galanya.. jangan kita lupakan, teguran dari mereka yang berpengalaman dan berusia adalah teguran untuk membentuk kita sebagai pekerja yang cemerlang.. rakan-rakan tidak akan menegur kita, tidak akan menasihati kita, sekiranya mereka dengki dengan kita.. tidak ingin melihat kejayaan kita.. namun, mereka pasti akan membimbing dan menasihati kita, demi kebaikan kita.. oleh itu, apalah salahnya kita rendahkan ego kita, buangkan sifat degil dalam diri kita.. buangkan sifat degil menerima teguran.. buangkan sifat degil menerima nasihat.. sebaliknya belajar la menerima teguran dan nasihat itu untuk menjadi pekerja@individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Fikir-fikirkan..




No comments: