Saturday, September 24, 2011

~ MeLaWaT DoKtoR PaKaR LaGi ~

Hari ni.. aku melawat doktor lagi.. sepatutnya appointment aku bersama doktor pakar ialah pada 26hb September 2011.. namun, kerana tarikh itu aku bekerja dan kerana tidak mahu mengganggu kerja, aku mempercepatkan appointment aku ke hari ini... sebenarnya  ini kali kedua follow-up checkup aku dengan doktor pakar setelah mengambil suntikan plasma dek kerana kesakitan tangan kananku.. 

Kalau mengikut perkiraan doktor pakar, tangan kananku memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih sepenuhnya.. itupun aku harus membataskan pergerakan tangan kananku.. dan minggu ini adalah minggu keenam setelah aku menjalani suntikan plasma.. namun hari nie ketika ditanya oleh doktor.. aku berterus-terang memberitahu doktor.. tanganku 95% hampir ok.. namun sesekali masih terasa sakit tatkala membuat kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal tangan kananku.. walaupun kadang-kadang bersikap selamba.. seolah-olah tanganku seperti dahulukala.. namun, kadang-kadang aku kalah dek kesakitan yang aku alami.. dan kesakitan itu kerap aku alami sehari dua ini tatkala membuat persiapan gerai di open house officeku..  terutama tatkala menganyam dan menggunting anyaman rotan untuk hiasan geraiku.. 

Dan akhirnya hari ini doktor pakar menanda pangkah untuk ke sekian kali lagi di tanganku.. dan akhirnya tanganku disuntik ubat bius sebelum di suntik dengan ubat di bahagian ligamen ibu jari tangan kananku.. dan aku disuruh menggunting kertas di depan doktor pakar sendiri... salah satu pergerakan tangan yang kadangkala menimbulkan kesakitan padaku, demi memastikan ubat yang disuntik sampai pada tempat yang ditanda.. malah aku dibekalkan reparil gel N dan acustop cataplasma untuk disapu pada tanganku.. doaku agar  kesakitan yang kadang-kala aku alami ini akan beransur-ansur berkurangan.. doaku moga follow-up aku seterusnya adalah follow-up aku yang terakhir bersama doktor pakar..  


NOTA :- Walaupun terasa sakit ketika membuat anyaman rotan
              untuk memenuhi tema gerai di open house officeku.. 
              namun kesakitan itu terubat juga dek kerana kemenangan 
             tempat kedua untuk gerai terbaik di open house officeku.. 

No comments: