Sunday, September 25, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Sabah [Part 2]



Inilah panorama indah yang lensa kameraku rakamkan tatkala sampai di Taman Kinabalu.. terletak di Kundasang, Sabah.. perjalanan ke sini mengambil masa hampir tiga jam.. namun perjalanan ini tidak kami rasai dek melayan keindahan panorama alam sepanjang laluan ke Taman Kinabalu.. dihembus angin sejuk terasa damai mempesonakan menyaksikan keindahan alam ciptaan ALLAH.. 

Taman Kinabalu adalah destinasi kedua yang kami lawati tatkala bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.. bergerak seawal 7.00 pagi dari Kota Kinabalu, Sabah.. perjalanan kami terasa damai dan tenang sambil sesekali membuka tingkap kereta untuk merasai hembusan angin di sepanjang laluan.. kalian hanya perlu membayar RM3.00 seorang untuk melawat Taman Kinabalu.. yang pasti mata pasti terpegun melihat kecantikan flora di sini.. untuk makluman, sekiranya kalian berhasrat mendaki Gunung Kinabalu, kalian perlu mendaftar selama setahun sebelum mendaki.. itulah yang diberitahu kepada kami, oleh petugas-petugas Taman Kinabalu.. 

NOTA :- Opsss.. laluan ke Taman Kinabalu ini bak laluan Simpang  Pulai
              ke Cameron Highlands.. atau bak kata orang bak laluan 
              ular kena palu.. hehehe...


No comments: