Saturday, November 17, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching, Sarawak [Part 1]

~ Mira Cake House @ Kampung Boyan, Kuching, Sarawak ~

~ rasa dahulu sebelum membeli ~

~ pelbagai jenis kek lapis di Mira Cake House.. satu hanya RM 10 ~

~ sedap kek lapis nie ~

Awal november baru-baru ini.. aku, encik suami, mak dan bapa mertuaku serta adik iparku telah terbang ke Kuching, Sarawak.. percutian yang telah lama aku dan encik suami rancang.. tapi kami tersilap.. pergi ke Kuching, Sarawak tatkala hari bekerja.. iaitu isnin sampai rabu.. dah semestinya kami terlepas untuk shopping di Pasar Sarikei.. destinasi beli-belah yang wajib dikunjungi dan  hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja.. namun, kekecewaan kami terubat juga.. tatkala melihat pelbagai kek lapis yang terjual di Kampung Boyan, Kuching.. Kampung Boyan terkenal dengan kek lapis.. paling terkenal sudah semestinya Kek Lapis Dayang Salhah.. namun, berbanding kek lapis jenama Dayang Salhah, tekak aku lebih menyukai kek lapis jenama Mira Cake House..

So kalau kalian melancong ke Kuching, Sarawak..  jangan lupa ke Kampung Boyan.. membeli kek lapis untuk di bawa pulang.. senang jer untuk ke sini.. dari Kuching Waterfront kalian naik jer bot kecik dengan tambang semurah RM0.50 jer untuk ke Jeti Kampung Boyan.. dari Jeti Kampung Boyan kalian boleh nampak dah Mira Cake House..

Selain menaiki bot kecik meredah Sungai Sarawak.. Kampung Boyan juga boleh dikunjungi dengan menaiki  kenderaan.. jangan risau tersesat.. gunakan gps.. semestinya sampai.. macam aku dan encik suami, first time gi ke Kampung Boyan.. kami redah jer berpandukan gps.. sampai juga ke Kampung Boyan nie..

Rambang mata melihat pelbagai nama dan rupa kek lapis di Mira Cake House.. paling best gila mencuba dan merasai keenakan kek lapis di sini.. berbanding harga di Semenanjung, kek lapis di sini lebih murah..  satu hanya dijual dengan harga RM10 sahaja.. paling best di Mira Cake House.. sekiranya kalian membeli 10 jenis kek lapis, kalian akan diberi percuma 1 kek lapis.. hah, apa lagi.. sakanlah kami memborang kek lapis.. untuk dimakan dan dibawa pulang sebagai ole-ole.. hehehhe..

NOTA :- opss sebelum membeli pastikan korang merasai kek lapis 
              di gerai lain..kerana setiap orang berbeza citarasa.. dan 
              belilah mengikut citarasa kalian.. paling terkenal di 
              Kampung Boyan ini ialah Kek Lapis Dayang Salhah..




1 comment:

+ e.z + said...

tahan brapa lama ye kek2 tuh? dlm flight leh hand carry ke?