Thursday, July 19, 2012

~ BeLiMBinG Oh BeLiMBinG ~





Baru-baru ini aku dan encik suami pulang ke kampungku di Kuala Kangsar.. kebetulan ketika balik, pokok belimbing buluh di belakang rumahku sedang lebat berbuah.. geram melihat buah-buahnya yang bergayut-gayutan dan besar-besar belaka.. rambang mata.. besar-besar dan segar-segar.. mulanyer tak berapa nak percaya juga, bila makcikku kata buah pokok belimbing buluh nie banyak.. sekali pergi ke belakang rumahku, dari jauh lagi dah lihat belimbing-belimbing buluh ini bergayut-gayutan.. sampaikan  banyak yang dah masak dan jatuh ke tanah.. apa lagi, alang-alang dah balik.. aku pun ambillah untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.. tatkala itu, di otakku  berlegar-legar masakan berasaskan belimbing.. masak lemak ikan tenggiri dengan belimbing buluhlah.. sambal hitam masakan tradisi Pahang la.. agak-agak korang aku masak tak?.. hehehhe.. jeng, jeng, jeng.. tunggu entry aku seterusnya.. kalau nak nak tahu kesudahan belimbing buluh ini..  

NOTA :- Belimbing  buluh kalau dibuat sambal hitam, mesti sedap 
            dimakan dengan nasi panas.. first time makan.. diperkenalkan 
            oleh Hakim, member officeku..

2 comments:

Sha said...

setahu i belimbing buluh ni sedap di ambah dgn masak lemak cilipadi ikan selar kuning la... tapi kalau sambal hitam tu cane resepinya ekk?

watie said...

diambah tu apa kak.. first time dengar.. ala google jer resepi sambal hitam tu.. sedap.. masakan tradisi orang pahang.. hehehe..