Monday, January 21, 2013

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Casablanca Restaurant & Cafe ~




Selamat malam dunia.. selamat malam followers dan silent readerku  di alam maya.. hah makan, makan dan makan.. aktiviti aku dan encik suami di kala lapang.. tatkala perut berbunyi kelaparan.. dan tatkala dompet dan poket penuh dengan duit..

Sebenarnya, dah lama nak buat entry jalan-jalan cari makan di Casablanca Restaurant & Cafe ini.. setiap kali makan di sini, aku pasti minta encik suami ambil gambar.. dan setiap kali bergambar.. semangat berkobar-kobar nak update di blogku ini.. namun, masa kadangkala mencemburuiku.. kesibukan kerja merencat idea untuk aku update blogku dan update aktiviti aku dan encik suami berjalan cari-cari makan.. ops bukan jalan tau.. tapi naik kereta.. hehehe...

Hah jangan tanya aku nama menu di atas.. aku sendiri pun dah lupa.. apatah pula encik suami.. gambar-gambar di atas dirakamkan tatkala kali pertama aku dan encik suami makan di sini.. tatkala itu Casablanca Restaurant & Cafe baru dibuka.. dan tatkala itu juga kami mencuba menu set lunch promotion di restaurant ini..

Kunjungan pertama bukan bermakna kunjungan terakhir kami di sini.. hampir  5 @ 6 kali juga kami makan di sini.. hah kalau dah hampir 5 @ 6 kali ke sini.. sudah semestinya menu di sini mabeles dan sedap gila.. bukan aku dan encik suami jer puji.. malah ibu, adik dan kakakku pun puji menu di sini mabeles.. itu pun tatkala aku membawa keluargaku menjamu selera di sini di akhir tahun 2012 yang lalu.. 

So apa lagi, kalau kalian kaki makan.. dan suka mencuba menu arab.. cubalah menu arab di Casablanca Restaurant & Cafe.. ala lokasi restaurant ini di Jalan Tun Razak jer.. bertentangan dengan Jalan Yap Kwan Seng.. hah kalau susah-susah sangat, korang google jer.. mesti jumpa lokasi restaurant ini di mana.. selamat mencuba!!!!



No comments: