Tuesday, January 8, 2013

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Zakaria Laksa Teluk Kechai, Kuala Kedah ~


~ dihidangkan bersama "sambal nyok" @ sambal kelapa ~

Salam 2013 untuk semua silent reader mahupun followers blog aku.. masih belum terlewat untuk aku ucapan selamat tahun baru.. semoga azam dan impian korang akan tercapai di tahun 2013.. 

Kebetulan hujung tahun 2012 aku dan encik suami bercuti dan balik ke kampungku di Kuala Kangsar.. alang-alang bercuti kami sepakat untuk ke Alor Setar, membawa emak menjejak kenangan silam tatkala menetap di Alor Setar dan bertemu kenalan lama beliau.. 

Dua hari satu malam di Alor Setar, aku dan encik suami sepakat untuk merasai keenakan laksa Zakaria Teluk Kechai, Kuala Kedah.. kononnya laksa ini lain daripada yang lain.. bila lain daripada yang lain, aku dan encik suami serta keluargaku membayangkan mesti lebih sedap dari laksa di tempat kelahiranku, Kuala Kangsar.. 

Terletak di pertengahan jalan ke Jeti Kuala Kedah.. dan terletak di tepi jalan.. bersebelahan Din Laksa Teluk Kechai.. tatkala aku dan encik suami serta keluargaku pergi, terlalu ramai pelanggan di restoran ini.. di mindaku tatkala itu terbayang-bayang kesedapan dan keenakan laksa ini.. almaklumlah, dengan orang yang ramai.. dan kereta yang diparking di sepanjang jalan.. sudah tentu laksa Zakaria Teluk Kechai, Kuala Kedah ini mabeles dan sedap...

Merasai sendiri laksa ini, aku, encik suami dan keluargaku sepakat.. bahawa sedap lagi laksa Kuala Kangsar.. walaupun hidangan laksa ini unik, kerana dihidangkan bersama "sambal nyok" @ sambal kelapa, namun masih tidak boleh menandingi kehebatan laksa Kuala Kangsar.. kiranya laksa Kuala Kangsar tetap dihati kami.. 

Namun, setiap orang punya citarasa dan selera berbeza.. jika kalian silent readerku dan followers blogku tergoda dengan gambar di atas.. dan jika kalian bercuti di Alor Setar.. cuba-cubalah laksa Zakaria Teluk Kechai, Kuala Kedah.. mana tahu laksa Zakaria Teluk Kechai, Kuala Kedah memenuhi citarasa, selera dan tekak kalian.. SELAMAT MENCUBA!!!

No comments: