Thursday, March 7, 2013

~ CoReTaN DaRi SaTu PeMeRHaTiAN ~

Aku punya pandangan.. pandangan seorang insan.. pandangan seorang individu.. pandangan berdasarkan logik akal.. antara betul dan salah.. tanpa dikaitkan dengan emosi dan perasaan.. tatkala menganalis dan memerhati perubahan ini.. 

Hakikatnya dalam hidup ini.. sebanyak mana pun pengalaman kita.. setinggi mana pun ilmu di dada.. belum tentu kita betul.. dan hakikatnya dalam hidup ini juga.. walaupun kita ini muda belia.. baru setahun jagung.. belum tentu kita salah.. 

Sebagai seorang insan.. sebagai seorang individu.. tidak salah andai setiap pendapat dan pandangan yang diberi.. dikaji dan difikirkan dahulu.. sebelum dibangkang.. dan biarlah tiada hati yang terasa dengan sikap@cara kita.. demi mengelakkan kewujudan persekitaran negatif di persekitaran kita.. atau mungkin juga dihati kita...

Dan.. sebagai seorang insan.. sebagai seorang individu.. tidak salah kita memberi teguran mahupun arahan.. namun biarlah teguran mahupun arahan itu secara berhemah.. umpama seorang anak dengan ibu.. biarlah arahan itu tidak mendahului arahan seorang ibu.. dan sebagai seorang ibu.. biarlah arahan dan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi sang anak-anak.. 

Dan.. sebagai seorang insan.. sebagai seorang individu.. tidak salah untuk bersikap baik dengan insan-insan di persekitaran kita.. namun, biarlah kebaikan itu tidak mempengaruhi tindak-tanduk kita.. umpama seorang abang dengan adik.. tatkala adik membuat kesilapan mahupun kesalahan.. dalam kelembutan namun tegas sang abang perlulah menegur sang adik.. jangan dibiarkan sang adik terleka dengan kesilapannya hanya kerana dia bergelar adik.. dan jangan dibiar sang adik terasa betul, hanya kerana keakraban adik dan abang..

Sekadar coretan dari satu pemerhatian.. moga coretan ini dibaca dan dihayati dengan logik akal.. jangan dibaca dan dihayati dengan logik emosi.. kerana setiap kita tidak sempurna.. setiap kita pasti ada kelebihan dan kekurangan.. namun, tidak salah andai kekurangan itu diperbaiki dari semasa ke semasa.. agar kita menjadi lebih sempurna dari sehari ke sehari.. INSYAALLAH..


4 comments:

ibumazvouge2012@wordpress.com said...

Tidak salah memberikan teguran...asalkan ianya teguran yang dapat memperbaiki luaran dan dalaman kita. Yang penting..biarlah kita ikhlas dalam setiap perbuatan....apa yang kita lakukan, kerja dan ibadat kita biarlah dengan niat kerana Allah. Dengan cara itu, kita dan orang2 disekeliling pasti akan merasai keberkatan tersebut dan dapat menjalankan apa jua tugasan dengan baik dan hati yang terbuka....

WaTiE said...

Betul tu.. niat penting.. kerana ALLAH.. nie coretan daripada pemerhatian persekitaran.. tak kiralah kat mana-mana pun.. rumah ke.. shopping complex ke.. office ke.. and what ever la.. hehehe..

Wan Hisyam said...

Ada beberapa tip penting dalam urusan seharian; apa2 urusan perlu niat sebagai ibadah, tidak pentingkan diri dalam setiap tindakan, menjauhi perkara yg boleh menyinggung emosi dan perasaan org lain apatah lagi menyakiti hati atau diri org lain, sentiasa tawaduk dan melihat kekurangan diri sebelum menilai orang lain dengan segala kelebihannya dan akhir... Ukhuwwah sangat penting sehinggakan aku rasa tak kesah kalau tak dapat bonus tapi ada kawan yang setia...

Anonymous said...

Setuju sangat. bak kata seorang penceramah ketika saya mengikuti ceramah beliau, sekiranya kita menyakiti hati orang lain, suatu hari pasti hati kita disakiti pula. dan ketika kita mengutuk orang, suatu hari pasti orang mengutuk kita pula. setiap perbuatan yang kita lakukan baik atau buruk pada orang, suatu hari ALLAH pasti akan membayar kembali. lambat atau cepat. tidak salah memberi pendapat atau pandangan.. tapi biarlah pendapat dan pandangan secara berhadapan, bukan di belakang kita.