Saturday, July 13, 2013

~ BoSaN SuDaH~

Bosan.. bosan. bosan.. bosan bila segelintir individu tidak mahu menerima teguran atau pandangan.. mestikah bila kita berkuasa, hanya kita yang betul..  mestikah bila kita berkuasa yang atas sentiasa betul dan yang bawah sentiasa salah.. sampai bila sikap begini harus ada.. atau mungkin ini yang dinamakan ego.. 

Seumpama seorang ayah dengan anak.. anak pasti menghormati si ayah.. namun andai ayah tersilap langkah.. pasti si anak menegur si ayah.. seumpama seorang abang dan adik.. adik pastinya menghormati si abang.. namun andai abang tersilap langkah, adik pasti menegur si abang kerana sayang seorang adik buat seorang abang.. seumpama seorang suami dengan isteri.. isteri pastinya menghormati sang suami.. namun andai sang suami tersilap langkah.. pastinya isteri dalam resah menegur sang suami.. seumpama seorang ketua dan orang bawahan.. orang bawahan pasti menghormati ketua mereka.. andai ketua tersilap langkah.. orang bawahan pasti menegur penuh hormat.. dan siapa pun kita jangan biarkan rasa hormat itu hilang.. dek gara-gara sikap kita..

Sekadar luahan rasa melihat suasana persekitaran dewasa ini.. moga luahan rasa ini dibaca dengan minda dan hati yang terbuka.. dan walau di mana pun kita berada.. walau siapa pun kita.. moga  kita sentiasa bermuhasabah diri.. kerana kita bukanlah insan yang sempurna..









No comments: