Friday, November 26, 2010

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Restoran Al Jazeera ~

Presint 14, Putrajaya


Jalan-jalan cari makan. Inilah aktiviti yang kerapkali aku dan suami lakukan tanpa dirancang. Kadang-kadang ketika perut berbunyi kelaparan, ketika itulah datang idea di mana mahu diisi. Restoran Arab Al Jazeera ini kami kunjungi minggu-minggu awal ketika baru pulang menunaikan umrah. Ketika itu, teringat dan rindu nak makan chicken mandy. Puaslah google di internet dan akhirnya aku jumpa nama restoran arab nie, lokasinya di Cyberjaya.

Frust juga bila sampai Cyberjaya tengok restoran ini tutup. Rupanya restoran ini telah berpindah lokasi ke Presint 14, Putrajaya.  Puaslah juga kami sesat di Putrajaya. Namun berkat kesabaran, jumpa juga restoran ini akhirnya. 


Chicken Mandy
Ok la, daripada 5 bintang aku bagi restoran ini 3.5 bintang, kiranya memenuhi citarasa tekak aku la. Apa lagi, kalau kalian duduk di sekitar Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya dan suka mencuba makanan arab, pastikan restoran ini termasuk dalam senarai kalian. Harganya pun berpatutan, bak kata orang, tak mahal dan tak murah, harga yang sedang-sedang jer. Tapi kalau tanya aku mana sedap antara chicken mandy yang aku makan di Arab Saudi dan Malaysia, sudah tentu aku jawab Arab Saudi. Tapi takkan hari nie teringin makan, esok boleh terbang gi Arab Saudi kan. Cover la rasa rindu dan teringin makan chicken mandy mirip-mirip di Arab Saudi dengan restoran arab yg tumbuh bak cendawan di Malaysia nie. Hehehehe.

Nota  :- Aku dan suami  dalam perancangan  mencuba satu lagi  chicken
            mandy di sebuah restoran arab di Negeri Sembilan.  Aku akhiri
            entry ini dengan pepatah "tak kenal maka tak cinta, tak rasa
            maka tak suka, dah rasa hendak makan lagi".
            
            


2 comments:

awein said...

wah terliur neh...ari ni sy rajin buat pizza resepi mat gebus..tapi pizza saya jd pizza kembong hahahha..janji boleh mkn suda

WATIE said...

x pe, pizza kembang ke kempis.. yang penting boleh makan dan sedap.. heheheh...