Monday, April 25, 2011

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Uncle "K" Kopitiam @ TTDI ~

~ Restoran kepunyaan penyanyi syazliana di TTDI ~

~ Nasi goreng ikan tenggiri campur kerang, menu pilihan en. suami. Agak pedas, kiranya memenuhi selera encik suami yang kuat makan pedas. ~

~ Claypot spicy yee mee, pilihan aku berharga RM12.80. ~

~ Menu pilihan adik iparku, nasi tomato ~
Petang semalam tatkala hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Lumpur, aku dan encik suami serta adik iparku jalan-jalan cari makan. Mula-mula kami nak makan asam pedas di Setiawangsa. Tapi dalam kereta kami tukar haluan, ke TTDI. Kononnya tergoda tengok si QI, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, makan di Uncle "K" Kopitiam. 

Senang jer jumpa restoran ini. Almaklum la selalu juga aku dan encik suami meronda area TTDI. Ketika sampai hujan masih lebat. Nasib baik dapat parking dekat dengan restoran ini. Jadi redah jer la hujan. Rambang mata juga nak order makanan dan minuman. Almaklum la macam-macam ada, dari makanan melayu hinggalah makanan arab dan western. Puas aku suruh encik suami order nasi goreng kambing dek tergoda si Qi mencuba menu tersebut tatkala mengacara jalan-jalan cari makan minggu lepas. Tapi akhirnya encik suami dan adik iparku pilih menu lain. Almaklum la diaorang tak makan kambing. 

Nota :- Macam-macam ada kat restoran ini. Dari menu melayu, arab
            hinggalah western food. Bagi pendapat aku dan encik suami, 
            boleh makan lagi kat restoran ini. Kerana menu dia memenuhi
            citarasa dan sedap juga. Hehehehe..

No comments: