Monday, October 10, 2011

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Asam Pedas Melaka @ Commando Kiosk, Ampang ~

~nasi, telur masin dan sayur  set asam pedas ~

~ ulam-ulaman dan sambal belacan termasuk dalam set asam pedas ~


~ asam pedas kepala ikan merah ~

Jalan-jalan cari makan.. aktiviti aku dan encik suami ketika perut berbunyi kelaparan.. commando kiosk di ampang ini amat popular dengan masakan asam pedas melaka.. kalau kalian makan di sini, asam pedasnya akan dihidang panas-panas lagi.. walaupun set nasi bersama asam pedasnya agak mahal, tapi bagi aku dan encik suami.. harga bukanlah ukuran.. yang penting sedap, sedap dan sedap.. apa lagi, bagi peminat-peminat asam pedas.. jangan lupa mencuba asam pedas di commando kiosk ini.. sekali datang, mesti mahu datang lagi...

NOTA:- Asam pedas di sini dihidang secara set bersama nasi, telur
            masin, sayur dan ulam-ulaman.. pelbagai asam pedas ada..
            dari asam pedas ikan kembung hinggalah ke asam pedas
            tetel daging.. minta dan order jer la mengikut kesukaan
            kalian...

No comments: