Thursday, February 2, 2012

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Ana Ikar Bakar Petai, Bandar Baru Bangi ~

~ siakap bakar petai ~

~ udang dan sotong bakar petai ~

Restoran Ana Ikan Bakar Petai.. popular dan glamour di kalangan blogger dan penggemar jalan-jalan cari makan.. bukan hanya ada di Tg. Lumpur, Kuantan.. malah restoran ini kini dibuka di Bandar Baru Bangi.. 

Baru-baru ini ketika bercuti di Kuantan, bersama encik suami dan keluarga mertuaku.. aku dan encik suami telah rancang untuk mencuba menu di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tg. Lumpur, Kuantan.. malangnya dek kerana ketika itu time cuti Chinese New Year, maka terpaksalah beratur panjang dan menunggu giliran meja kosong.. dan oleh kerana perut berkeroncong menyanyi lagu kelaparan, maka aku dengan encik suami serta kelurga mertuaku pun makan di Restoran Tini Ikan Bakar, Tg. Lumpur.. nasib baik menu di Restoran Tini tidak menghampakan kami.. sedap dan memenuhi citarasa kami..

Namun, aku punya habit.. selagi apa yang aku ingini tidak tercapai.. pastinya aku akan sentiasa teringat-ingat.. bak kata orang terliur-liur.. dan akhirnya selepas pulang bercuti dari kampung encik suami,  kami berdua pun mencuba cawangan Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bandar Baru Bangi.. ketika itu encik suami masih mood bercuti.. dan segalanya kebetulan.. ketika encik suami mengambilku pulang dari kerja.. aku terus menyuarakan keinginanku mencuba menu di restoran ini..  dari office kami terus ke Bangi.. memilih dan memesan menu yang diingini..

Dan kerana keinginanku untuk mencuba menu bakar petai.. ikan, udang dan sotong yang aku dan encik suami pilih.. semua di bakar petai.. dan setelah mencuba menu di sini, aku dan encik suami sependapat.. dibandingkan ikan bakar petai yang kami makan di Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi dan Tini Ikar Bakar, Tg Lumpur.. sedap lagi di Tini Ikan Bakar, Tg. Lumpur.. kiranya bagi aku dan encik suami, ini adalah kunjungan kami yang pertama dan terakhir.. kerana kami sependapat, masakan di restoran ini, kureng memenuhi citarasa kami.. bak kata orang kureng ummppphh...hehehe..

NOTA :-  Apa pun setiap kita punyai citarasa dan selera
               berbeza-beza.. mungkin di tekakku menu di 
             sini kureng diterima.. tapi di tekak kalian terasa
             sedap.. so, kalau kalian terliur dengan gambar 
              di atas.. datang dan menjamu seleralah di Ana 
              Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi..

2 comments:

Cik FaRiZaM said...

yg sotong tu brapa? dia kira cmne? ikan bakar kat situ brapa dia kira?

Watie said...

sotong tu RM5 untuk 100gram.. ikan, sotong, atau udang yg kita ambil dikira per gram.. termasuk la ikan bakar.. ingat-ingat lupa, tak silap ikan bakar tu RM5 juga 100 gram