Monday, April 16, 2012

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Doli Kuey Teow Goreng ~

~ Doli Kuey Teow @ Taiping, Perak ~

~ Kuew Teow Biasa ~

~ Nasi Ayam ~
Doli Kuey Teow Goreng.. sangat famous di kalangan kami, orang-orang Kuala Kangsar mahupun Taiping.. dek kerana kesedapan kuew teow koreng yang dijual di sini.. tatkala pulang ke kampungku di Kuala Kangsar baru-baru ini, aku dan encik suami berkesempatan untuk menjamu selera di sini.. apa lagi, sudah semestinya kuey teow goreng doli menu wajib pilihan aku.. manakala, encik suami pula memesan nasi ayam doli.. bagi aku dan encik suami, kedua-dua menu ini memenuhi citarasa kami dari dulu lagi.. kiranya ini bukanlah kali pertama kami makan di kedai ini.. malah tatkala terkenangkan kuey teow goreng doli ketika di Kuala Lumpur, pastinya restoran cawangannyer yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail menjadi destinasi pilihan kami.. 

NOTA :- Apa lagi.. cuba-jangan tak cuba.. bagi kalian yang meminati 
            menu kuey teow dan nasi ayam.. hehehe..

No comments: