Wednesday, December 8, 2010

~ MAHA 2010 : Kecomelan Dan Kegebuan Kucing ~








Aku bukanlah peminat kucing. Namun begitu ketika pergi ke MAHA 2010, terpegun aku sekejap melihat kegebuan dan kecantikan kucing-kucing yang dipamerkan sempena pertandingan kucing yang telah diadakan ketika itu. Pelbagai spesies ada, dari kucing baka kampung hinggalah ke kucing baka parsi. Pelbagai nama dan warna. Malah pelbagai saiz dan usia. Semuanya datang bersama tuan masing-masing, demi satu tujuan dan matlamat iaitu untuk bertanding. Malah, ada juga kucing yang dipamerkan untuk dijual. 

Walaupun hanya berada seketika di pertandingan kucing ketika MAHA 2010 berlangsung, namun aku dapat rasakan ketenangan wujud dalam diriku ketika melihat pelbagai aksi yang dilakukan oleh kucing-kucing ini. Agaknya inilah perasaan yang dirasai oleh peminat kucing tegar. Tidak hairanlah jika ada peminat kucing tegar sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk memiliki seekor baka kucing. Hehehhe...

Nota :- Sanggupkah kalian berbelanja beribu-ribu ringgit untuk
           memiliki  seekor kucing. Tepuk dada tanya selera dan
           minat kalian. 




No comments: