Saturday, December 11, 2010

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Saba Restaurant ~

~ Saba Restaurant @ Setiawangsa ~

~ Roti & Omelett.. Tak silap aku roti nie percuma.. ~

~ Grilled Chicken Roasted ~

~ Menu aku dan suami lunch ~

~ Shish Tawouk Sandwich.. Terpaksa dibungkus bawa balik gara-gara kekenyangan ~

Hari nie, aku dan suami lunch dekat Restoran Saba di Setiawangsa. Sebelum nie kami pernah makan di Restoran Saba @ Cyberjaya. Ini kali kedua kami makan di Restoran Saba @ Setiawangsa. Last week kami dinner di restoran ini selepas pulang dari melawat pameran Kuala Lumpur International Motor Show.

Rasanya antara Restoran Saba di Cyberjaya dengan Setiawangsa, sedap lagi Restoran Saba di Setiawangsa. Suami aku pun bersetuju dengan pandangan aku. Makanan di sini lebih sedap dan cukup rasa. Servis pun cepat juga berbanding dengan Restoran Saba Cyberjaya. Makanan di sini memenuhi selera dan tekak aku. Harganya pun berpatutan.

Senang jer nak pergi Restoran Saba nie. Kalau takut terperangkap dalam traffic jam, boleh pergi naik lrt putra. Korang turun jer di Stesen Lrt Putra Setiawangsa. Pastu lintas jalan, sampai la korang ke Restoran Saba nie. Senangkan. Hehehe..

Nota :- Alamat dan no. phone Restoran Saba @ Setiawangsa
           Restoran Saba
           1-01, Dataran Jelatek
           Jalan Jelatek
           No. Phone : 03-42512592



No comments: