Wednesday, January 26, 2011

~ Keperluan atau kehendak~

Perlukah kita sekat@block facebook, friendster, hi5 mahupun twitter di organisasi kita. Kalau YAB Perdana Menteri sendiri menggalakkan rakyat Malaysia menguasai IT dan punyai akaun di laman-laman sosial ini agar mudah berkongsi idea dan pendapat, apakah kita yang bergelar majikan tidak menggalakkan pekerja kita menguasai IT.  Tepuk dada tanyalah diri kita. Yang pasti setiap kita punyai persepsi, pendapat dan pandangan berbeza. Namun aku percaya, selagi setiap insan itu bekerja kerana ALLAH, walau melayari facebook, friendster, hi5 mahupun twitter time kerja, pasti kerja tidak akan terganggu dan tetap siap mengikut dateline. Malah aku juga percaya melayari laman-laman sosial ini ketika time kerja adalah satu terapi@alternatif penghapus tension kala bekerja. Bak serampang dua mata,  laman-laman sosial ini bukan sahaja alternatif@perantara@medium terbaik dalam mengemaskini info terkini organisasi bahkan merapatkan jurang komunikasi antara pekerja dan majikan. YAB Perdana Menteri sendiri adalah contoh terbaik, yang mana melalui facebook beliau berjaya merapatkan jurang antara pemipin dan rakyat. Berjaya dalam menyampaikan maklumat terkini dan mutakhir berkaitan tugasan beliau. Akhir kalam, letakkan diri kita di posisi majikan dan pekerja, fikirlah secara rasional, fikirlah secara logik, fikirlah secara kritis adakah tindakan sekat@block laman-laman sosial ini satu keperluan. Atau mungkin hanya satu kehendak. 



2 comments:

Anonymous said...

Facebook, facebook,... ~ smbil geleng2 kepala.

Anonymous said...

friendster.. friendster.. friendster ~ sambil geleng2 kepala..