Saturday, March 26, 2011

~ Accident Oh Accident : Cheras ~







Ingat tak lagi tak silap aku, last month berlaku accident di Bukit Anggerik, Cheras. Accident lori terbabas lalu melanggar tembok sebuah rumah sebelum terbalik. Accident di mana pemandu lori berketurunan cina telah meninggal di tempat kejadian. 

Sebenarnya lokasi accident ini berdekatan dengan rumahku. Kebetulan ketika accident, aku sedang melalui lokasi accident ini. Ketika itu aku bersama adikku. Husbandku outstation. Kami dalam perjalanan pulang ke rumahku selepas menghabiskan masa di Pusat Bandar. Ketika melalui lokasi kejadian, jalan ditutup dan kami terpaksa melalui jalan lencongan. Alang-alang traffic jam kami pun singgah seketika melihat accident ini.

Sempat la juga aku dengar pelbagai versi cerita bagaimana accident tersebut berlaku. Mengikut kata penduduk sekitar, lori tersebut dipandu laju menuruni bukit dan membawa simen untuk dihantar ke Alam Damai. Akibat dipandu laju, lori tersebut bergesel dengan sebuah kereta dan untuk mengelakkan kereta dari hadapan, pemandu lori membelok ke kawasan perumahan. Malangnya kerana laju, lori tersebut melanggar tembok sebuah rumah dan terbalik. 

Kalau pulang kerja, aku pasti menoleh ke lokasi kejadian. Rumah kesan dan progres baik pulih rumah teres dua tingkat yang terbabit dalam accident tersebut. Apa yang aku perhatikan, tembok baru rumah tersebut telah siap. Cuma tinggal bahagian hadapan rumah yang masih dalam proses pembinaan semula. 

Harap-harap setiap dari kita yang bergelar pemandu, khasnya mereka yang sentiasa menggunakan laluan ini untuk urusan seharian, berhati-hatilah ketika memandu menuruni bukit. Pastikan pandu cermat jiwa selamat. Moga tiada lagi accident seumpama ini berlaku di kawasan terbabit.

NOTA :- Gambar-gambar diatas eklusif aku rakamkan untuk tatapan
            kalian. Moga dapat memberi kita iktibar. Berhati-hati
            ketika memandu. Pastikan pemanduan kita  selamat.
            Sayangilah nyawa anda!!!

No comments: