Wednesday, March 30, 2011

~ Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia Ke Jepun ~


Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia Ke Jepun dilancarkan oleh YAB Dato' Najib pada pagi 23 Mac 2011. Ada juga teman-teman officeku yang kecewa  kerana Datin Seri Rosmah tidak turut serta menghadiri majlis pelancaran ini.


Seawal pukul 8.30 pagi, remaja-remaja @ bekas mat2 rempit ini standby untuk menyambut kehadiran YAB Dato' Seri Najib ke Kampung Attap. Memakai baju t-shirt yang diberi secara percuma, laungan 1 Malaysia dilaungkan  mereka ketika menyambut YAB Dato' Seri Najib.


Lensa kamera aku sempat merakamkan wajah Engku Emran, antara VIP yang menyambut kedatangan YAB Dato' Seri Najib. Hah inilah kereta Perdana V6 Executive yang dinaiki oleh YAB Dato' Seri Najib.


Inilah dia motor pengiring yang mengiringi konvoi YAB Dato' Seri Najib. Hah sila buka mata korang besar-besar, perhatikan bodyguard di belakang dan abaikan saja dua orang model itu. Seorang agak serius, namun seorang lagi agak baik dan mahu tersenyum juga. Apa pun mereka memberi keizinan dan kerjasama untuk kami merakamkan gambar ini. Hehehhe...


Tetamu-tetamu terhormat. Dari kiri ialah Dato Azeez, orang kuat Kelab Putera 1 Malaysia. Sebelah kiri tu, Duta Jepun ke Malaysia. Tabik spring pada Duta Jepun kerana boleh dan agak fasih berbahasa Melayu, walaupun ada slang Jepun. Hah sebelah kiri sekali Menteri Luar, Datuk Sri Hanifah Aman.


Member-member officeku sedang khusyuk mendengar ucapan. Begitu juga dengan adik-adik dari Kelab Putera 1 Malaysia. 


Wajah-wajah gembira member officeku yang tersenyum dapat melihat YAB Dato' Seri Najib 'live". Selalu juga dapat melihat YAB Dato' Seri Najib 'live", tapi kali ini ada juga antara teman-teman officeku yang berpeluang bersalam dengan beliau. 

Inilah gambar candid yang sempat lensa kamera aku potretkan ketika YAB Nato' Seri Najib ingin pulang setelah menjamu selera di Restoran ZK, Jalan Kampung Attap. Ketika ini, YAB Dato' Seri Najib sedang berjalan ke kereta rasmi beliau sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan orang-orang sekitar Kampung Attap.

NOTA :- Acapkali berpeluang melihat YAB Dato' Seri Najib secara

            'live". Namun selalunya ketika itu, terikat dengan protokal
            office, almaklum la selalu YAB Dato' Seri Najib datang
            untuk program office aku. Tapi kali ini kami tidak
            terikat dengan protokol kerja, jadi puaslah aku dan
            member-member officeku merakam gambar. Hehehe...

No comments: