Thursday, April 7, 2011

~ Buat Dia ~

Dia seorang teman dan kakak padaku. Mengenalinya dari zaman remaja sehinggalah kini, kami masih utuh bersabahat. Walau jarang bersua, dia dan aku sering berbicara lewat chatting di YM mahupun Facebook.  Keluarganya aku kenali, begitu juga dia. Amat mengenali keluargaku. 

 Namun lewat bicaranya di  YM,  aku dikejutkan berita bahawa bapanya menghidap cancer tulang dan ditahan di HUKM. Malah katanya, doktor sendiri merahsiakan penyakit tersebut dari diketahui oleh bapanya. Terdiam aku seketika. Tabahkah aku andai aku sendiri diuji  dengan dugaan sebegini?. 

Sebagai sahabat, aku memahami jiwanya. Sebagai anak bongsu, tentunya dia manja dan rapat dengan keluarga. Sebagai anak, tentunya detik-detik begini adalah detik yang amat dibenci. Terpaksa tabah dan berpura-pura ceria di hadapan seorang insan yang bergelar bapa, pastinya amat sukar buat dia. 

Buat dia,  doaku sentiasa mengiringi setiap langkahnya. Doaku agar dia diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan saat diuji dengan ujian sehebat ini. Doaku agar dia masih mampu memberi  1001 kebahagiaan buat bapanya. Doaku agar dia tabah kerana aku tahu dia mampu mengatasi saat-saat sedih begini.

NOTA :-  Sebagai teman, pastinya aku ingin pergi melawat. Tapi
             sebagai seorang insan, dari dulu lagi aku sebenarnya
             fobia melawat orang sakit. Entahlah. 
              

2 comments:

awein said...

g la melawat...kdg2 kedatgan kita akan membuatkan teman merasa lega...

watie said...

Insyaallah..