Saturday, April 16, 2011

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Gerai Mamak @ Taman Lucky, Bangsar ~

~ Kari Kepala Ikan Merah bersaiz sederhana - tak habis kami makan, terpaksa dibungkus bawa balik ~ 

~ Ayam goreng + sotong goreng + ikan cencaru goreng ~

~ Kari kepala ikan dari pandangan atas. Nampak kecil, hakikatnya besar sangat ~

~ Menu pilihan en. husband. Almaklum la en. husband tak makan kepala ikan. ~

Hah inilah menu lunch aku, en. husband dan adikku hari ini. Kebetulan nak pergi PC Fair di KLCC, kami pun singgah dahulu mengisi tangki perut. Kebetulan dari seminggu ke seminggu nak pergi makan di sini, tapi sering tertangguh dek kesibukan en. husband. Tapi tadi dalam rintik-rintik hujan kami terjah jer gerai mamak ini. Apa lagi, sudah semestinya  kari kepala ikan  jadi pilihan. Kalau korang nak tahu, time office hour gerai nie selalu penuh. Sampai terpaksa buka meja di bahu jalan, tambah-tambah lagi time lunch. Kalau korang pergi time tu, mesti terpaksa beratur panjang menunggu giliran dan meja kosong. 

Ini kali kedua aku makan di gerai mamak ini. Tapi en. husband selalu jer makan kat gerai nie. Dialah yang dok promote kat aku. Katanya kari kat kedai nie tak masam macam sesetengah gerai mamak. Mula-mula aku tak percaya juga. First time dia ajak makan di sini aku kureng berminat. Almaklum la terpaksa beratur panjang menunggu giliran dan meja kosong. Tapi bak kata orang berbaloi-berbaloi kerana makanan di sini sedap. Malah harganya pun agak murah. Percaya tak korang, kalau nasi berlaukkan ayam goreng @ ikan goreng campur sayur hanya berharga RM3.00 sepinggan. First time aku makan dulu, nasi berlaukkan ayam goreng dan sotong goreng seekor campur sayur hanya berharga RM7.00 sepinggan. Terkejut juga time tu. Almaklum la susah nak jumpa harga semurah itu. Hehehehehe...

So kalau korang peminat kari kepala ikan, jangan lupa singgah-singgah la sebentar mencuba keenakan kari kepala ikan di gerai mamak @  Taman Lucky, Bangsar ini. Mesti korang akan berpuashati dengan rasa dan harga makanan di gerai ini. SELAMAT MENCUBA!! 

No comments: