Wednesday, April 13, 2011

~ 5 tahun sudah ~

Terasa masa cepat berlalu. Hari nie 13hb April, dah lima tahun aku di sini. Menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi untuk bekerja di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, salah satu institusi milik penuh office aku.

Hah kalau korang tanya apa yang aku rasa. Dah tentu ada pelbagai rasa. Ada manis. Ada masam. Ada tawar. Ada pahit dan 1001 rasa lagi la. Apa pun lima tahun di sini, masih tidak lagi serasi di jiwaku. Jiwaku jiwa akaun. Mindaku minda akaun.  Kalau dahulu bekerja seharian menghadap nombor dan angka sudah semestinya memberi satu kepuasan padaku. Namun, bila ditukarkan ke sini, nikmat itu kureng aku rasai.  Malah adakala aku rasakan tugasku sekarang terlalu mudah dan kureng mencabar. Tiada lagi istilah recon tak balance mahupun report tak balance. Eh macam berlagak pulakan. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Hah itu belum cite bab pentadbiran. Bagaimana kureng berminatnyer aku menjaga pentadbiran. Namun, walau tiada keserasian di jiwa, aku tanamkan di mindaku biarlah kerjaku siap, kerana kerja ini amanah yang telah dipertanggungjawabkan padaku.

NOTA :- Apa pun kerja itu ibadah. Kerja itu amanah. Walau minda dan
            otak tak seiring dengan jasad, namun aku tetap pastikan kerjaku
            siap on time. Cuma jika diberi pilihan, sudah semestinya aku
            ingin diberi tugasan yang serasi dengan jiwaku dan mampu
            mencabar mindaku. Hehehehe...

No comments: