Friday, May 27, 2011

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Western Food, Bukit Cheras ~



~ Black Pepper Chicken Chop ~

@ Bukit Cheras

~ Jom makan ~
Sesekali menjamu selera dengan menu western food, pasti menyelerakan. Hah inilah gerai @ menu yang aku nikmati tatkala keluar meronda bersama encik suami last week. Mesti korang ingat pasal entry aku, asalnyer nak makan western food, tapi tersilap terjah, kami makan nasi ayam @ jingga corner. Selepas itu, aku dan encik suami terjah gerai western food nie pula. Gerai western food di Bukit Cheras inilah yang kami terjah. 

Gerai nie memang gerai kesukaan aku dan encik suami tatkala datang selera kami untuk menjamah western food. Dan selalunya menu yang aku dan encik suami makan ialah black pepper chicken chop. Western food di sini sedap berbanding western food di gerai lain yang pernah aku dan encik suami cuba. Cuma kalau dahulu harganya RM6.90, sekarang sudah mencecah RM8.90 sepinggan. Dan kalau dahulu agak besar, sekarang aku dan encik suami sependapat agak kecil sikit kuantitinya. Mungkin penangan kenaikan harga minyak memberi impak kepada kenaikan harga barangan pengguna, sekaligus menyebabkan kenaikan harga makanan.

Apa pun, gerai western food ini tetap pilihan utama kami, walaupun harganya naik mahupun kuantiti makanannya agak kureng sedikit. Semuanya kerana SEDAP, SEDAP dan SEDAP. Hehehehehe.

Nota :-  Western food @ Bukit Cheras ini pernah masuk dalam
            rancangan jalan-jalan cari makan tatkala pengacaranya
            Maria Tunku Sabri. Dah lamakan, namun sampai sekarang
            western food ini tetap ramai pelanggan dan bertahan
            hingga sekarang. Mungkin kerana KESEDAPAN menu-
            menu yang ditawarkan di sini.

No comments: