Sunday, June 5, 2011

~ Spaggeti Oh Spaggeti ~



Hahahaha. Aku sudah pandai buat spaggeti. Selama nie aku jarang makan spaggeti. Almaklum la tekak aku banyak ragam. Mungkin dulu-kala, ketika first time mencuba makan spaggeti tidak memenuhi piawaian dan piagam aku, maka aku tidak berminat untuk mencuba menjamahnya lagi.

Namun, semuanya berubah sekarang.  Kalau korang nak tahu, sekarang aku sudah makan spaggeti. Malah, aku sudah pandai masak spaggeti. Paling best, encik suami puji tatkala mencuba masak kali pertama. Apa lagi, dah encik suami puji, rajinlah aku masak kala tetiba rasa lapar. Almaklum la masak spaggeti kerja yang paling ringkas, mudah dah cepat.

Terbaru, hari jumaat baru nie, ketika pulang kerja jam 12.30 tengah hari, perutku berkeroncong kelaparan. Apa lagi, ketika menunggu encik suami pulang dari menunaikan solat jumaat, aku pun masuklah dapur. Kebetulan stok bahan-bahan spaggeti ada kat peti ais. Aku pun masaklah.  Balik jer encik suami dari solat jumaat, kami berdua pun makan sebelum keluar berjalan-jalan di Kuala Lumpur. 

Nota :- Terima kasih pada kakak dan adikku yang mengajar aku cara 
            mudah memasak spaggeti. Terima kasih pada mereka yang
            pernah merasa dan memuji spaggeti aku masak sedap.
           Hehehhe...

2 comments:

amoycun said...

Nmpak menyelerakan. Spaghetti campur ke namanya ni? sy buat spaghetti daging... pastu goreng meatball... yummyy!

WATIE said...

woooyooo.. bila nak bagi rasa sikit..