Wednesday, January 18, 2012

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Restoran Tasik Idaman @ Bangi ~

~ Tomyam Tasik Idaman.. memang sedap.. terasa kepedasan di sebalik kepekatan tomyamnyer.. kami order size s, tapi sebenarnya boleh makan untuk 3-4 orang..~

~ Cencaru bakar pilihan encik suami.. i like.. secukup rasa, secukup ramuan ~

~ hah menu yang paling disukai encik suami.. sanggup order tambahan dek kerana awal-awal terlupa menu nie.. katanyer teringat kesedapan udang masak butter nie tatkala first time makan dibelanja oleh pakcikku.. dek kerana suka, encik suami seorang jer makan udang masak butter nie.. ~

Ahad lepas, aku dan encik suami bersantai-santaian.. jalan-jalan cari makan.. untuk kali kedua, aku dan encik suami makan malam di restoran Tasik Idaman @ Bangi.. terletak di jalan lama ke Dengkil.. dan agak jauh juga dari Cheras.. namun, kerana terkenang keenakan tomyamnyer tatkala dibelanja makan oleh pakcikku, aku dan encik suami pun pergi la lagi.. 

Apa lagi.. sampai jer.. kami pun order laa.. walaupun hanya berdua, tapi dek kerana rambang mata melihat menu.. macam-macam jugalah kami order.. gambar atas tu hanya sebahagian daripada menu yang kami order.. dan kerana rambang mata jugalah.. aku dan encik suami kekenyangan malam tu.. mana taknyer menghabiskan lauk udang masak petai, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, udang masak butter, tomyam tasik idaman dan cencaru bakar yang kami order.. apa-apa pun, restoran tasik idaman ini memang terbaik.. berbaloi la dengan harga menunyer.. bukan setakat masakan thai, western food pun ada di sini.. hehehe..

So, untuk kalian yang kaki makan.. dan suka makanan segar-segar.. jangan ketinggalan untuk mencuba menu di restoran tasik idaman.. sambil makan korang boleh cuci kereta korang.. sebab berhampiran restoran ini ada car wash.. opss, restoran ini hanya dibuka sebelah malam sahaja.. SELAMAT MENCUBA!!!!

NOTA :- Cuba jangan tak cuba.. sedap, memang sedap.. 

No comments: