Tuesday, March 27, 2012

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar ~

~ Kailan Ikan Masin, menu favourite encik suami ~

~ Kerang bakar bercili ~
~ Sotong goreng tepung ~
~ Asam pedas muar ~
~ Kerang bakar bercili, kailan ikan masin dan telur dadar.. tiga baru sampai.. ada lagi dua menu.. ~
Medan Ikan Bakar Sabak Awor terletak di Muar, Johor.. inilah destinasi terkini jalan-jalan cari makan aku dan encik suami.. semuanyer tanpa dirancang.. tatkala encik suami menelefon bapa mertuaku, kebetulan beliau berada di Johor.. dan kebetulan juga bapa mertuaku mengajak encik suami dan aku pulang ke Johor.. apa lagi, on the spot aku dan encik suami berkemas dan kami berangkat pulang lewat petang sabtu.. 

Kebetulan hari ahad, sebelum aku dan encik suami pulang ke Kuala Lumpur.. aku mengajak encik suami ke Muar.. kononnyer untuk makan mee bandung Muar.. almaklum la Muar terkenal dengan mee bandung.. kebetulan juga, on the way ke bandar Muar, ternampak signboard Medan Ikan Bakar Sabak Awor.. apa lagi aku dan encik suami pun sepakat nak cuba.. sesat jugalah kami di tengah-tengah bandar.. namun, akhirnya sampai dan jumpa juga..

Medan Ikan Bakar Sabak Awor terletak di tepi Sungai Muar.. di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai menu segar.. yang penting.. kita pilih, timbang dan fikirkan mahu makan apa.. sebut aje, pasti akan siap terhidang di atas meja.. dari udang, sotong, hinggalah ke pelbagai pilihan ikan dan tidak ketinggalan juga kupang segar.. almaklum la Muar juga agak popular dengan kupang.. 

Aku dan encik suami memilih untuk makan kerang bakar bercili, ikan kembung masak asam pedas, sotong goreng tepung, telur dadar dan kailan ikan masin.. kami makan bersama dengan nasi putih.. ops, boleh juga dimakan dengan nasi lemak kalau kalian suka.. walaupun ramai orang, service di sini agak cepat.. tidak perlu menunggu lama.. dan sementara menunggu kalian juga boleh bergambar kenang-kenangan di tepi Sungai Muar..  apa pun aku dan encik suami puji menu-menu di sini.. memenuhi tekak dan citarasa kami.. kiranya aku dan encik suami syorkan kalian ke sini, kalau datang ke Muar.. hehehe..

Hah percaya tak korang, aku dan encik hanya membayar RM 23.70 untuk menu yang kami pilih.. itu pun setelah di tambah dua pinggan nasi dan air fresh oren dan teh o.. agak murah bagiku.. terkejut juga tatkala membayar, bila cashier cakap RM23.70.. tapi mungkin aku makan di Muar, Johor dan bukannya di Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur.. hehehhee..

NOTA :- Pasti berkunjung lagi jika aku dan encik suami pulang ke Johor.. 
            

2 comments:

Anonymous said...

ni gerai no berapa eh?

WATIE said...

rasanyer ingat-ingat lupa gerai no. 2 atau no. 3 dari hujung.. hehehe..