Thursday, May 31, 2012

~ Dedikasi untuk Elia & Syifak ~

Hari nie.. last day untuk Elia Rahmat.. hari terakhir praktikal di officeku.. si budak putih yang suka ketawa bebas bak kanak-kanak ribena.. seolah-oleh tidak pernah dilanda masalah dek kerana sikap beliau yang suka ketawa.. jika sebulan sudah, kami kehilangan Syifak, bulan nie kami kehilangan Elia.. dua orang student praktikal yang paling mudah mesra dan yang paling ceria pernah aku kenali sepanjang ditugaskan di tempatku sekarang..

Teringat kenangan semalam, tatkala mengadakan jamuan perpisahan untuk Syifak.. Elia menitiskan airmata.. menangis kesedihan berpisah dengan Syifak.. sedangkan mereka berdua berlainan universiti.. namun, dek kerana kemesraan, keramahan dan sikap periang mereka, akhirnya bagai isi dan kuku.. dan tatkala, mengadakan jamuan untuk beliau semalam.. beliau mengelak untuk memberi ucapan perpisahan..

Namun, hari nie.. beliau tidak terlepas.. sebelum mesyuarat mingguan officeku tamat.. kami memberi ruang waktu untuk beliau memberi ucapan perpisahan.. walau ketawa masih menghiasi dirinya... namun, ternyata beliau gagal menyembunyikan kesedihan.. di sebalik senyuman manis, terselit riak-riak kesedihan.. 

Tiga bulan mengenali Elia dan Syifak... tiga bulan yang penuh gelak ketawa.. walau kadang kala stress menghimpit minda, namun stress menghilang tatkala melayani aksi dan kenakalan mereka.. Untuk Elia dan Syifak, jadikan 1001 kenangan praktikal di sini sebagai antara kenangan terindah dalam hidup kalian berdua.. semoga ilmu yang diperolehi di sini dapat kalian adaptasi dalam kehidupan kalian di masa depan.. 


NOTA :- Maka dengan rasminya tutup sudah SYILIAHID SDN. BHD.. 
            hehehhe..
            

1 comment:

Anonymous said...

Syahdu...