Monday, May 7, 2012

~ Jalan-Jalan Cari Makan : Ketam Lembut @ Kuala Gula Sanctuary Resort ~


~ gambar dulu sebelum makan ~

~ sirap bandung ~

~ air pilihan syikin, ija, balqis & husna ~

~ Jus Dragon Fruit ~

~ Kangkung goreng belacan, menu favourite encik suami ~

~ Ketam lembut.. seekor RM 6.00 ~

~ Siakap tiga rasa ~

~ Tom Yam Campur ~

~ Sedapnyer anak buahku, balqis makan ~
Kuala Gula Sanctuary Resort.. terletak di Perak, negeri kelahiranku.. first time mengenali Kuala Gula, ketika kami meronda-meronda  di kawasan ini.. ketika itu, aku dan encik suami tidak pun tahu, Kuala Gula terkenal dengan ketam lembut.. kebetulan, ketika berblog walking.. terjumpa blog-blog yang bercerita keenakan ketam lembut di sini.. apa lagi, kebetulan balik kampungku di Kuala Kangsar.. aku pun mengajak kaum keluargaku makan di  sini.. dan first time juga buat kaum keluargaku, sampai di sini.. hehehe...

Apa pun, bagi kalian yang ingin mencuba keenakan ketam lembut, aku syorkan gi la ke Kuala Gula Sanctuary Resort.. rasailah keenakan ketam lembut di sini.. di samping makan korang juga boleh menyelusuri sungai dan menyaksikan keindahan alam di sini..

NOTA :- Selamat mencuba.. sedap memang sedap..

7 comments:

MummyWan said...

femes ekk sana ketam lembut??..punyer la cari kat sini sampai jelajah banting, morib sume..rupenyer kat kampung halaman je ek..pasni balik kuala musti try ni...huhuhuh...

WATIE said...

femes.. dekat sini susah nak dapat.. gi la.. dekat jer.. tak jauh mana dari Kuala Kangsar.. order ketam lembut goreng.. semua boleh makan.. hehehe..

Saufi Badri said...

wow...macam sedap....kt KL ade tak ketam lembut ni??klau sape2 yang tau mohon share kt area KL...teringin nk makan...

WaTiE said...

Kat KL tak pernah jumpa lagi la Saufi Badri.. memang sedap ketam lembut nie.. paling sedap dimakan kalau digoreng rangup-rangup.. hehehehe..

Anonymous said...

Pegi kt restoran murni ss2 ada ketam lembut :)

aslianpios said...

Ada kat Restoran Chinese Muslim HOMSTdi TTDI KL dan maybe cawangan di Kota Dsara juga ada. Saya dah try ok jugak walaupun mungkin tak se 'fresh' di Kuala Gula atau kota Kinabalu.

HASRUL HASSAN said...

As-Salam. Tgk gambar pun dah terliur kan .. :)


HASRULHASSAN.COM